Social Icons

.

30 December 2012

Gambar Sekitar Majlis Pelancaran Pasukan Bolasepak Johor 2013

Majlis Pelancaran Pasukan Johor FA dan Johor Darul Takzim FC 2013.
Pada 29 Disember 2012 (Sabtu), di Plaza Angsana, Johor Bahru.



22 December 2012

Sejarah Nama Tempat di Johor (Bhgn 2)

[Sambungan dari Bhgn 1...]


1. Kampung Belukar Juling, Mersing
Pada awal penubuhannya, di kampung belukar juling dikatakan terdapat seorang lelaki cina bermata juling yang tinggal di situ kerana kawasannya yang jauh dan berdekatan dengan laut. Pada suatu hari, lelaki cina itu dikatakan telah membersihkan kawasan tersebut untuk menanam pokok getah. Namun, apabila semuanya selesai lelaki berkenaan hilang tanpa dapat dikesan. Akhirnya kawasan tersebut telah ditumbuhi semak dan belukar. Ketika kawasan itu mahu dijadikan kawasan petempatan, penduduk di situ menamakan kawasan berkenaan sebagai belukar juling, sempena lelaki cina bermata yang membersihkan kawasan itu. Walaupun identiti lelaki bermata juling itu tidak diketahui sehingga ke hari ini, nama belukar juling kekal hingga sekarang. 

06 December 2012

Mesyuarat Gabungan Anak Johor (GAJ) IPT #1 Dis 2012


Pada hari Sabtu, 1 Dis 2012 bertempat di Kolej Keris Mas, UKM.

Saya telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kepimpinan Gabungan Anak Johor (GAJ) IPT Sesi 2012/2013. Mesyuarat ini bertujuan mengumpulkan semua Presiden atau Wakil Anak Johor dari semua IPT seluruh negara, untuk membincangkan segala permasalahan yang berkaitan dan merancang program/aktiviti GAJ bagi sesi 2012/2013. 

24 November 2012

Mercu Tanda Muar Bandar Diraja


MUAR 21 Nov. - Mercu tanda di bulatan Sulaiman, di bandar ini yang dibina sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor dan Perisytiharan Bandar Maharani Bandar Diraja dengan kos lebih RM1 juta dibuka kepada umum sepenuhnya hari ini.

Monumen itu yang mempunyai identiti tersendiri dengan empat gading gajah gergasi di setiap sudut dan mahkota di bahagian atasnya mula dibina kira-kira dua bulan lalu di kawasan strategik iaitu di tengah-tengah bandar ini.

10 November 2012

Men'JOHOR'kan PAS: Petanda Misi Tawan Johor Berkubur

PAS Johor memang betul-betul PAS (Pelik Amat Sangat). Pelik pak-pak lebai ni. Mana tak pelik, dah berzaman menetap di Johor, mencari rezeki di Johor, rupanya mereka bukanlah Johor yang sebenar. Yang beridentiti Anak Jati Johor. 

Pelik kan. Macam mana mereka boleh mengaku sebagai rakyat Johor tetapi dalam masa yang sama mereka tidak menghayati malah tidak mengenali apakah budaya atau apakah identiti Johor. 

Umpama seseorang yang mengaku Muslim, tetapi tidak solat dan berpuasa. Tidak melaksanakan semua Rukun Islam dan amalan sebagai muslim. Jadi apa gunanya pengakuan muslim itu. Begitu juga dengan situasi pak-pak lebai PAS ni. Mengaku rakyat Johor, tetapi tidak kenal budaya dan adat orang Johor. 

11 October 2012

Sejarah Nama-nama Tempat di Johor (Bhgn 1)


Orang Johor mungkin tahu ada nama-nama tempat yang agak pelik seperti Gelang Patah, Tongkang Pecah, Sepah Beruang, Sg Pinggan, Sg Kuali, Sg Buntu, Parit Ponorogo, Parit Botak, Sri Bunian dan lain-lain. Ada beratus-ratus lagi nama tempat yang pastinya menimbulkan tanda tanya kepada sesiapa yang pertama kali mendengarnya. 

Tempat-tempat ini mendapat namanya berdasarkan sesuatu peristiwa sejarah, mitos, atau sekadar mengambil sempena nama haiwan atau tumbuh-tumbuhan yang terdapat di situ. 

Antara kisah atau sejarah di sebalik beberapa nama tempat/kampung di Johor : 

30 September 2012

Himpunan Hijau Pengerang atau Himpunan Hijau Ke Nusajaya ?

Himpunan Hijau Lestari Pengerang atau Himpunan Hijau Pakatan Rakyat Menawan Nusajaya?


29 September 2012

BAJET 2013. Terima Kasih Najib Razak!


Pembentangan Belanjawan 2013 (BAJET 2013) oleh YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Parlimen pada 28 September 2012.

Berikut adalah antara kandungan Bajet 2013.

27 September 2012

Pilihan Raya Kampus UKM 2012

Tahniah kepada 2 orang anak buah aku daripada PERMAJ yang bertanding sebagai Calon Pilihan Raya Kampus (PRK) kerana telah memenangi Kerusi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Kebangsaan Malaysia bagi sesi 2012/2013. Kemenangan korang berdua adalah kebanggaan kami semua. 

14 September 2012

"Di Sebalik Angka 7"

Hari ini Jumaat, 14 September. Jumaat minggu lepas, 7 September. Rasa ada kena-mengena tak? Entah. Aku saja nak kira. So, lagi 3 Jumaat genaplah umur aku 22 pada 7 Oktober depan. 
Insya-Allah. 

Korang pernah dengar pasal ni tak? Rahsia di sebalik angka 7 dalam setiap penciptaan Allah. 
Ada sedikit la yang boleh dikongsikan sempena Sayyidul Ayyam ni. 
Kalau korang pun ada kongsikan la juga ya..

30 August 2012

Khas Untuk Rakan Yang Baru/Akan Tamat Status Bujang

:: Assalamualaikum ::
Masih dalam mode raya? Selamat Hari Raya ye kepada semua rakan-rakan. Menjadi kelaziman dalam masyarakat kita, lepas je raya mesti kita semua sibuk atau penuh dengan 2 majlis jemputan ni; Rumah Terbuka (open house) & Majlis Perkahwinan (keje kahwin). 

Alhamdulillah, setakat ni saya sempat pergi ke 2 majlis perkahwinan dua orang rakan sekolah menengah. Sempat pergi pun sebab tengah bercuti raya, dua-dua majlis ni dibuat pada hari sabtu dan ahad lepas. Tapi open house satu pun tak berpeluang lagi pergi sebab dah balik Bangi. 

14 August 2012

Artikel Merdeka: "Sejarah Penciptaan Bendera Malaysia"

Sejarah penerimaan Bendera Persekutuan Tanah Melayu ialah melalui perjanjian dengan Majlis Raja-Raja di mana sebuah Jawatankuasa telah ditubuhkan dalam tahun 1949 untuk menimbang dan membuat perakuan berhubung dengan reka bentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu. 

Satu pertandingan Peringkat Kebangsaan telah diadakan bagi memilih Bendera Persekutuan Tanah Melayu yang baru. Pertandingan ini diadakan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dalam tahun 1949. Seramai 373 karyawan telah mengambil bahagian di mana tiga reka bentuk bendera dipilih ke peringkat akhir. 

12 August 2012

Warna warni Aidilfitri Diraja Johor


Sesi fotografi Keluarga diRaja Johor sempena Hari Raya Aidilfitri 2012.

10 August 2012

Sambutan Kemerdekaan 2012: "Malaysia vs Singapura"

Malaysia dan Singapura. 
Serupa tetapi berbeza. 
Serumpun dan serantau. 
Sarat sejarah lampau. 


Malaysia dibentuk pada September 1963 dengan menyatukan 4 buah negeri dalam 1 gagasan; 
Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) yg mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Singapura, Sabah dan Sarawak. 

07 August 2012

"Saya Sengaja Pilih Baju Hijau Ke Johor" - Najib Razak

Ku Lihat Hijau pada Najib Razak
Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran merupakan satu aktiviti keagamaan yang sinonim dalam kalangan masyarakat Johor pada setiap kali tibanya Ramadhan Al-Mubarak. 

Di mana-mana sahaja sama ada di kampung mahupun di bandar, majlis ini sentiasa dianjurkan sebagai satu wadah bagi mengukuh dan mengeratkan jalinan ukhwah dalam masyarakat Islam di Johor. 

Sehinggakan aktiviti ini dijadikan sebagai satu acara rasmi tahunan oleh Kerajaan Negeri Johor. 

04 August 2012

Amaran Keras Untuk Budak Sekolah!


Perghh! Ngeri la siot. Macam mana kalau aku yg kena ni. Tapi aku budak baik dulu tak ponteng sekolah. Hahaha...

Segmen : Blogwalking August by Jaja Sutera

:: Assalamualaikum :: 

Terima kasih kepada sahabat blogger Taqiee yg sudi pelawa untuk join segmen ni. Segmen daripada blogger Jaja Sutera


Nak tag diorang: 

Jom-lah join !

31 July 2012

Artis Pencen Berpolitik Kutuk Johor Puji Kelantan



30 July 2012

7 Anggapan Biasa Yang Salah Tentang Puasa

Ada beberapa anggapan, pegangan dan salah sangka tentang puasa dalam masyarakat kita. Mereka menganggap batal ataupun kurang pahala akibat beberapa perbuatan tertentu, sedangkan tiada dalil yang menyokong pendapat mereka. Sebahagian pendapat itu khilaf dan telah disebut oleh beberapa ahli fekah dahulu, tetapi dilihat tidak kukuh untuk dipegang ataupun ada ruang untuk disemak semula. 


1. Mandi Ketika Berpuasa

"Mandi ataupun basuh kepala apabila terlalu keletihan mengurangkan pahala puasa." 
"Semasa puasa, mandi selepas asar makruh." 

Dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Malik di dalam al-Mawata’, Ahmad dan Abu Daud di dalam sunannya dan Abu Bakar bin Abd al-Rahman meriwayatkan: “Telah berkata sahabat yang menceritakan kepadaku: “Aku melihat Rasulullah s.a.w. di al-`Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala baginda ketika baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas.” 

2. Memasukkan ke Rongga

"semasa puasa tidak boleh memasukkan apa-apa benda ke dalam mata, telinga dan mulut, sekalipun bukan makanan dan minuman." 

Ini menyebabkan mereka yang gatal telinga ataupun hidung menderita sepanjang hari berpuasa. Ia berlawanan dengan sifat Islam yang mudah. berasaskan riwayat kenyataan Ibn ‘Abbas: “Membatalkan puasa itu apa yang masuk, bukan apa yang keluar.” [Riwayat Ibn Abi Syaibah, sahih]

‘Apa yang masuk’ itu bermaksud makanan ataupun minuman ataupun yang mempunyai fungsi yang sama seperti makanan dan minuman yang masuk ke dalam jasad. Jika sekadar alatan tertentu maka ia tidak termasuk dalam maksud ini. Jika tidak mereka yang memasukkan berus gigi ataupun kayu sugi ke dalam mulut, ataupun berkumur semasa puasa tentu dianggap batal. 

3. Tidak Mandi Junub

"Tidak sah puasa mereka yang belum mandi junub sedangkan waktu subuh sudah masuk." 

Ini berkaitan seseorang yang bersetubuh dengan isterinya, ataupun keluar air mani tetapi belum mandi junub sehingga masuk waktu subuh iaitu waktu berpuasa. 

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aishah dan Ummu Salamah bahawa “Nabi s.a.w pada waktu pagi (subuh) dalam keadaan berjunub sedangkan baginda berpuasa. Baginda berpuasa dan tidak berbuka (disebabkan hal itu)” [Riwayat al-Bukhari]

4. Muntah

"Sesiapa yang termuntah maka batal puasa." 

Dalam hadis, Nabi s.a.w bersabda: “Sesiapa yang termuntah tidak wajib qada (ganti puasa). Sesiapa yang sengaja muntah, hendaklah dia qada.” [HR al-Tirmizi, Abu Daud, Ibn Jarud dan Ibn Hibban]. 

Maka sesiapa yang termuntah kerana tidak tahan dengan sesuatu bau ataupun mabuk perjalanan tidak wajib qada kerana puasanya sah. Sesiapa yang memaksa diri untuk muntah maka dia wajib menggantikan puasanya.

5. Imsak

"Sesiapa yang makan ketika hampir subuh iaitu bukan pada waktu imsak yang difahami oleh sesetengah pihak, maka puasanya tidak sah". 

Ini kerana mereka menganggap puasa bermula beberapa puluh ataupun belasan minit sebelum subuh. Padahal waktu puasa bermula apabila masuknya waktu subuh. 

Firman Allah: “Makan dan minumlah kamu sehingga ternyata benang putih dari benang hitam dari waktu fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sehingga waktu malam” [Surah al-Baqarah: 187]. 

Sabda Nabi s.a.w pula: “Makan dan minumlah sehingga Ibn Ummi Maktum azan, kerana beliau tidak akan azan melainkan setelah masuk waktu fajar (subuh)” [Riwayat al-Bukhari dan Muslim].

6. Musafir

"Seseorang yang bermusafir jika berkemampuan wajib berpuasa, jika tidak dia berdosa." 

Ini berlainan dengan ayat Allah dalam al-Quran: “..dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka dan ganti) pada hari-hari yang lain. Allah mahu kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak mahu kamu menanggung kesukaran” [Surah al-Baqarah: 185].

7. Tidak Sengaja

Perbuatan yang tidak sengaja, dipaksa ataupun terlupa seperti makan dan minum tidak membatalkan puasa. Sekalipun seseorang itu telah makan dan minum dengan banyak sekali. 

Sabda Nabi s.a.w: “Sesiapa yang lupa sedangkan dia berpuasa, lalu dia makan atau minum, maka sempurnakanlah puasanya. Sesungguhnya Allah yang memberikan dia makan dan minum” [Riwayat al-Bukhari].

Demikianlah semua perbuatan yang tidak sengaja ataupun terlupa. Termasuk terkeluar air mani disebabkan mimpi atau terfikir secara yang tidak diusahakan. Jumhur ulama menyatakan tidak batal puasa. 

Juga termasuklah tertelan air semasa mandi ataupun hujan ataupun suri rumah yang terbiasa merasa makanan ketika masak lalu memakannya kerana lupa, kesemua itu tidak membatalkan puasa. 

sumber: Dr MAZA

28 July 2012

Bila Aku Dah Mengidam Katira

Mengidam punya pasal, sanggup aku pergi bazar ramadhan kt Bandar Nilai (depan Masjid Nilai) semata-mata nak cari satu jenis air yg sememangnya payah nak jumpa selain kt JB (baca: Johor). 

Kecuali bagi mereka yg ada ahli keluarga yg asal Singapore atau keluarga diorang tu memang pengusaha air minuman ni. 

Aku pergi bazar Nilai sebab ada kawan info kt situ ada jual. 
Air Katira

Air ni plak hanya boleh jumpa pada setiap kali menjelang ramadhan, boleh cari kt mana-mana bazar ramadhan sekitar JB. Tapi orang JB ni diorang dah spot tempat-tempat yg senang diorang nak dapatkan air ni. 

Kalau kt tempat aku (Tampoi, JB) aku cari air ni kt bazar Taman Dahlia ataupun bazar Bandar Baru Uda (BBU). Nak best kt BBU la, dari jauh dah boleh nampak sebab ada 1 gerai yg jual air kt situ hanya jual air satu jenis ni sahaja. 
Wow! Nampak sgt untung besar jual air ni. 


Sejak aku merantau kt Bangi ni plak, aku tercari-cari kt mana nak dapatkan air ni. Bila aku tanya orang sini, orang tu tanya balik: "Air katira tu air apa?" Sah! Memang tak jumpa langsung kt sini. Kawan aku sorang siap kena perli lagi bila dia kirim kt kawan dia suruh belikan air ni kt bazar Bangi. 


Semalam lepas balik ofis pukul 5, pergi kedai beli barang sikit, aku gerak pergi Nilai. 15 minit je aku rider. Sampai sana aku terus pusing2 bazar dgn mata menuju sasaran yg dicari. Akhirnya aku jumpa. "Bang, air katira ada lagi? Bagi dua." Aku beli dua bungkus yg perisa keladi. Sebungkus RM3, abg tu bagi dua RM5. 

Aku jalan lagi dan terjumpa sorang kawan lama, student USIM. Dia niaga kt situ. Jual lauk-lauk. Dia gelak bila aku cakap datang Nilai sebab nak cari air katira. Dia pun setuju dgn aku yg air ni susah nak jumpa kt luar JB. Haha. Dia ajak buka kt rumah sewa dia. Sementara tu, aku pusing2 dan beli lagi air ni. Yg ni perisa pandan. Warna hijau dia tu betul2 mengancam orang berpuasa. 


Dah beli air 3 bungkus, aku cari nasi plak untuk buka. Pusing2 tengok banyak gerai yg dah nak habis jual pasal dah petang sgt kan. Ada pun nasi ayam, murtabak, ayam percik. Tinggal 1 gerai jual nasi tomato dan nasi ayam penyet. Aku beli nasi tomato. 

Lepas tu aku ikut balik rumah kawan aku dan buka sama-sama. Masa buka asyik cite air ni je. Ada sorang housemate kawan aku budak Pahang. Dia tercengang je dengar kitorang borak pasal air ni. Dia pun tanya, air apa ni. Haha. Nikmat ramadhan namanya, dia dapat kenal satu jenis air yg special bg orang JB. 

Dalam pukul 10 aku gerak balik kolej dgn perasaan puas. Yela kita mesti rasa puas bila benda yg kita nak dah dapat. Kan3? 

Hah. Bagi siapa yg baru nak kenal dgn air katira, boleh baca sini

Nak cite apa kerja yg aku buat masa kt ofis semalam, tapi tak larat. 
Tengok jela gambar ek. 



Aku dgn kawan2 praktikal kena setelkan 1,000 helai borang kaji selidik. 


Dan 1,000pcs free gift berisi kurma. Yg ni untuk diberi kepada responden. Ofis aku di Sektor Sosial & Pembangunan dapat job untuk jalankan kaji selidik (survey) mengenai kawasan perumahan di Kuala Lumpur, 28 & 29 Julai ni. 

So entry ni aku buat sebelum aku bersiap-siap untuk ke ofis. Haha. 
Ok, Selamat bertugas kepada diri aku dan semua yg ada tugas. 
Selamat berpuasa untuk 8 Ramadhan :)

26 July 2012

Remaja Masa Kini


[Situasi 1]
Video satu majlis perkahwinan pasangan muda yang hanya dikenali sebagai Syafiq, 16, dan Yana, 14, kini sedang tersebar meluas di ruang internet terutamanya di laman You Tube. Pasangan muda dari Pahang itu telah mengadakan majlis persandingan mereka pada awal bulan lalu, 8 Julai dengan meriah sekali.

Lumrah apabila majlis perkahwinan dilakukan, sememangnya menjadi meriah dengan kehadiran para tetamu yang mengenali pasangan pengantin dan keluarga mereka sendiri. 

Video perkahwinan mereka memang mencetuskan fenomena kepada semua orang. Video itu yang telah dimuat naik ke laman You Tube pada 11 Julai lepas kini sudah pun menerima kunjungan sebanyak 508,560 dari penonton. 

Ramai yang melontarkan pandangan atau komen mereka terhadap perkahwinan muda antara Syafiq dan Yana. 

Ada yang memuji kerana mereka sudah pun memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri di usia yang masih lagi terlalu muda memandangkan mereka masing-masing masih lagi bersekolah. Ada yang mengatakan tindakan mereka mebina rumah tangga di usia yang masih awal itu dapat mengelakkan diri dari terjerumus ke lembah maksiat. 

Namun, ada juga beberapa orang yang memberikan pandangan negatif berhubung perkahwinan antara Syafiq dan Yana. 

Apa-apa pun, mereka sudah pun selamat bernikah dan melayari alam rumah tangga mereka. Tidak usahlah kalau nak dibangkitkan isu layak atau tidak keinginan mereka untuk mendirikan rumah tangga. 

Di dalam Islam sendiri, Islam sememangnya menggalakkan penganutnya untuk mendirikan rumah tangga di usia muda. 

“Barang siapa di antara remaja berkahwin dalam usia muda, maka menangislah syaitan. Dan ia (syaitan) mengeluh, “Aduh celaka aku, agamanya telah dipelihara dari godaanku.” [HR Ibnu ‘Addi] - Mynewshub


[Situasi 2]
KUALA LUMPUR - Cinta tiga segi remaja berusia 15 tahun berakhir dengan tragedi apabila seorang pelajar perempuan ditikam tiga kali menggunakan pisau dapur manakala bekas kekasihnya ditahan polis semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan berkata dalam kejadian pukul 4 petang, Jumaat lepas, pelajar perempuan itu ditikam sebanyak tiga kali di bahagian perut dan pinggang oleh bekas kekasihnya itu. 

Katanya kejadian yang berlaku di Pangsapuri Taman Datuk Senu di sini itu turut disaksikan oleh kekasih baharu mangsa yang dipercayai menemani mangsa berjumpa bekas kekasihnya itu. 

"Sebelum kejadian, dipercayai pelajar tersebut telah bertengkar dengan bekas kekasihnya yang tidak dapat menerima dirinya ditinggalkan pelajar perempuan itu kerana mempunyai kekasih baharu," katanya kepada Bernama, di sini hari ini. 

Zakaria berkata selepas menikam mangsa, suspek panik dan tertinggal pisau di tempat kejadian semasa melarikan diri sebelum kekasih baharu pelajar perempuan itu menjerit meminta bantuan. 

Beliau berkata ketiga-tiga pelajar adalah dari sekolah menengah yang sama di Sentul. 

Beliau berkata mangsa yang mengalami cedera parah kini stabil dan dirawat di Hospital Kuala Lumpur dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera parah. 

Zakaria berkata suspek yang menyerah diri semalam kini ditahan reman tujuh hari mulai hari ini bagi membantu siasatan. - Bernama

-----------------------------------
[Apa yg sama]
1. Kisah cinta. 
2. Lelaki dan perempuan.  
3. Remaja (14,15,16 tahun). 
4. Melayu. 
5. Malaysia. 

[Apa yg beza]
1. Dinikah vs Dicedera. 
2. Reaksi awam. 
3. Perspektif masyarakat. 
4. Ibu bapa & keluarga. 
5. Dua-dua naik pelamin vs Sorang masuk lokap, sorang masuk hospital. 

24 July 2012

[Gambar] Kemalangan Aneh - Toyota Vios "Panjat" Tembok

Kejadian berlaku di Jalan Nitar - Mersing, Johor. 
Siapa orang Johor yang tinggal di Felda Nitar 1 @ 2, mungkin ada yang saksikan kemalangan ni boleh kongsikan cerita sebenar untuk merungkai kemalangan 'aneh' ni. 

Makcik baju hijau ni yg pandu. 



Polis: "macam mana ni, pening aku nak tulis apa kt report ni."


p/s: adoii..macam2 la.. korang2 yg memandu kereta, harap lebih berhati-hati.. lagi2 musim puasa ni dan musim nak raya nanti... hanya makcik tu dan tuhan saja yg tahu camne kereta tu 'panjat' tembok :)

21 July 2012

Hadis Palsu Kelebihan Tarawih

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Puji-pujian bagi Allah Subhanahu Wata'ala, Selawat dan Salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu 'Alaihi Wasallam serta para sahabatnya. 


SEJAK beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan Tarawih pada malam-malam Ramadan telah tersebar dengan meluas sekali. Media elektronik, cetak serta media massa lain turut memainkan peranan menyebarkannya melalui akhbar, dairi Islam, TV, radio, risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat, terutamanya dalam bulan yang diberkati itu. Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut.

Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadilat sembahyang Tarawih pada bulan Ramadan antaranya:
  • Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).
  • Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran. 
  • Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini. 
  • Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman. 
  • Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S. 
  • Malam Kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W. 
  • Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga malam yang Ke-tiga puluh. 

Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanah air mengenai kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunah Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu'aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu' pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini. 


Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang Tarawih dan kedudukannya dalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama kita dahulu.

Baca lanjut --> Sumber 1 & Sumber 2 

Kesimpulan:
Hadis yang sesuai digunakan ialah hadis shahih yang bermaksud: "Sesiapa yang menghidupkan malam Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu." (Al-Bukhari) 

[Dapatkan buku ni untuk bacaan tambahan]
 

19 July 2012

Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 1433H/2012M Seluruh Negara

Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 1433H/2012M bagi Seluruh Negeri di Malaysia. 

        Negeri Johor                                         Negeri Melaka 
           

        WP Kuala Lumpur & Putrajaya                  Pulau Pinang
           

    Negeri Sarawak (Jadual penuh, klik sini)        WP Labuan
            

[Negeri-negeri lain, sila klik sini]

18 July 2012

Salam Ramadhan Al-Mubarak 1433H/2012M

Assalamualaikum kepada seluruh muslimin-muslimat,
khususnya di Johor, di seluruh Malaysia dan di seluruh dunia amnya.

Alhamdulillah, sama-sama kita rafa'kan rasa syukur ke hadrat Ilahi. Dengan nikmat dan rahmat-Nya, kita diberi peluang lagi untuk menjalani kehidupan ini sebagai hamba-Nya, dengan segala nikmat anugerah yang dilimpahkan-Nya. Dan bersyukur kerana kita dipertemukan lagi dengan bulan yang penuh keberkatan, Ramadhan Al-Mubarak bagi tahun 1433H pada 21 Julai 2012 ini.


Selamat menyambut kedatangan bulan yang mulia ini. Semoga dengan kedatangan bulan Ramadhan ini merupakan peluang untuk kita melipatgandakan lagi usaha amal kebajikan dan amalan-amalan yang diredhai dan diberkati. Insya-Allah.

Berikut dikongsikan Waktu Berbuka Puasa dan Imsak bagi seluruh negeri
(akan dikemaskini):

Negeri Johor                                WP Kuala Lumpur & Putrajaya
       

.: Selamat menjalani ibadah puasa dan menunaikan zakat :.


p/s: Puasa tahun ni xdapat tolong mama & ayah kt bazar, sebab tengah praktikal. 
Al-Fatihah untuk Pak Ngah yg telah 'pergi' pada puasa lepas dan Nenek yg telah 'dijemput' pada minggu lepas. 

16 July 2012

Ohh Parlimen Pulai




Aku dah daftar sebagai pemilih dan permohonan aku masih dalam proses. 
Belum pasti lagi, adakah aku salah seorang pengundi muda di dalam Parlimen Pulai. 

Kalau ya bermakna data aku juga akan turut ada dalam sistem aplikasi I-Pulai ni.
Datuk, mohon pencerahan tentang sistem ni ! 

15 July 2012

Segmen Ayu : Saya Blogger Dari JOHOR

~ AsSalamualaikum ~

Aku saje la BW kt blog kawan2 dan secara x sengaja aku jumpa Segmen Ayu ni. So aku pun rasa tergerak tangan la nak join. 

Sape yg nak join juga sila klik pada banner. 

Ayu kata ni first time dia buat segmen sempena genap setahun berblogging. 
Aku plak kata, ni la first time aku join segmen macam ni sejak ada blog pada awal januari. Haha..

Aku berasal dari Johor dan masih belajar di UKM. 
Menetap bersama keluarga di Kempas Baru, Johor Bahru. 
(penah dengar otak-otak kempas x) 

Salam perkenalan utk Ayu & rakan2 :)
[aku nk tag sape yg baca entry ni join la ek]


p/s: Suka la banner tu..hehe.. Jemput datang JB jalan2. Boleh pekena Laksa Johor, Mee Rebus ek.. 

10 July 2012

Ingatkan kenapa, rupanya ada orang mengamuk. PEACE !

Korang dah baca berita / laporan pasal lelaki mengamuk di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya pada petang semalam?


Pada waktu tu kebetulan aku ke sana. Macam ni ceritanya. Pagi semalam dalam pukul 10 pagi, aku dapat call dari staff sepejabat, Andi, bagitahu yg dia tertinggal barang kt ofis dan minta aku bawa hantarkan ke Putrajaya (Pejabat Putrajaya Holdings). Mulanya dia suruh aku hantar time lunch dalam pukul 12-1pm. Tapi lepas tu mesej aku, suruh datang dalam pukul 2.

Pukul 1 aku keluar ofis (break time), jumpa kawan aku jap. Pastu siap2 nak gerak. Tengok gaya macam nak hujan. Xkan aku nak gerak naik motor plak. So, aku pinjam kereta dengan kawan aku.

Walaupun aku seram bawa kereta ni (bukan seram apa, takut mati kt tengah jalan, habis minyak, pasal aku xbawa duit. haha), aku bawa juga elok2 sampai sana. Bila tiba di laluan Kompleks Jabatan Perdana Menteri (bangunan MAMPU sebab aku perasan signboard-nya), aku pelik la apsal banyak gila kereta (jammed), tiba2 kereta polis datang dari jalan sebelah dengan lajunya terus masuk pintu pagar.

Kemudian kt sekitar situ ramai orang berkerumun. Aku buat xtahu jela pasal nak cepat hantar barang tu kt Andi. Bila belok kt satu selekoh, lagi sekali aku pelik bila tengok ramai orang kt tepi pagar situ macam ada benda yg menarik kt dalam tu dan aku tertanya2, apakah yg berlaku sebenarnya.

Aku xfikir pape, terus jalan cari bangunan Putrajaya Holding (aku xtahu sgt jalan situ). Punya la susah si Andi bagi direction, rupanya kt depan Istana Kehakiman je lepas pening kepala mencari. Haha.

Lepas dah jumpa Andi dan bagi barang yg tertinggal tu kt dia, aku terus balik hantar kereta dan masuk ofis semula. Bila malam time aku online, ohh! baru aku tahu apa yg terjadi pada petang tu. Adoi. Macam2 la.


Apa pun aku xnk ulas pasal benda ni. Sebab dah banyak ulasan dan liputan kt blog2 dan juga laporan kt akhbar (cetak dan online) sejak malam tadi sampai sekarang.


So korang baca la sendiri kalau nak tahu ye.

Tak pun korang tengok la video ni ok.

Aku dan keluarga aku sangat berharap Malaysia ni AMAN la sentiasa. PEACE !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog-blog ceria