Social Icons

.

19 January 2012

Selagi Termampu, Demi Tugas dan Amanah !

Menjadi tradisi, setiap akhir sem 1 program wajib yang perlu diadakan oleh PERMAJ UKM ialah Khidmat Masyarakat (OPKIM). Sejak tahun-tahun terdahulu, OPKIM telah dibuat di setiap daerah seluruh Johor. 2008 di Mersing, 2009 di Muar, 2010 di Batu Pahat. Semuanya diadakan pada hujung tahun. 

Bagi 2012 pula situasinya istimewa kerana diadakan pada awal tahun dan tempatnya di Pontian. Maka OPKIM 2012 ini akan diadakan pada 21 hingga 25 Januari 2012 di Kampung Parit Marjunid, Benut, Pontian.


Selepas membuat keputusan bersama untuk jalankan OPKIM ini di Pontian dan kawasan program dikenalpasti, maka segala gerak kerja telah dilakukan dengan sungguhnya. 

Kampung Parit Marjunid, Benut, Pontian.

Bermula daripada proses kertas kerja, perbincangan dengan pihak kampung, mesyuarat AJK pelaksana, mendapatkan sumbangan dan tajaan, mengumpulkan peserta, hebahan program sehinggalah persiapan akhir menjelang program. 

Meting AJK / Taklimat Peserta

Ketika proses merancang program inilah waktu yang menguji segala-segalanya. Di mana dan sejauh mana kekuatan dan kemampuan diri. Di mana dan sejauh mana komitmen yg diberi. Apa dan mana peranan semua. Siapa ketua siapa leader. Pentingnya bergerak dan bekerja dalam satu keluarga.

Meting bersama pihak kampung

Alhamdulillah, gerak kerja dijalankan dengan baik. Hanya beberapa perkara lagi yang perlu diselesaikan sebelum kami semua bertolak ke sana pada 20 Januari 2012 (Jumaat) jam 11.00 mlm dengan jumlah peserta seramai 120 orang (mungkin bukan jumlah sebenar). Juga dengan harapan program ini berjaya dilaksana dan mencapai tujuan utama. 

Kepada barisan exco2, tahniah kerana sama-sama laksanakan tugas ini. Kita dah buat apa yg patut, apa yg termampu. Semoga OPKIM ni berjalan lancar tanpa masalah besar. Kukuhkan keluarga kita. Teguhkan PERMAJ kita. Yg dah hilang arah, kembali-lah. Yg belum sedar peranannya, sedar-lah. Jika tidak mampu lagi, pintu masuk dan keluar sentiasa terbuka. Jangan beban orang lain. 

Ini-lah PERMAJ. Sebuah persatuan yg membawa diri aku mempelajari banyak perkara. Mungkin yang lain anggap hanya sebagai sebuah persatuan anak negeri yg wujud di UKM ni, tiada beza dgn persatuan lain. Bagi aku, ia ibarat sebuah jambatan yg menghubungkan banyak pulau. Satu pengangkutan untuk pergi banyak tempat. Satu pohon yg menjadi tempat berteduh dan bermain di satu laman permainan. 

Itu pada aku. Pada orang lain? Tanya la masing-masing. 

Sama ada mereka dapat rasa atau tak, sama ada mereka sedar atau tak. Aku tak pasti. 

Selagi termampu, aku akan lakukan. Atas nama tugas, amanah dan tanggungjawab. Demi PERMAJ, anak-anak Johor semua dan negeriku ini. 

Tiba di pejabat Unit Media Komunikasi (Medkom), Nusajaya

Barang2 sumbangan dari Medkom, Pejabat Menteri Besar.
Terima kasih Akak2 Medkom. 
:: SELAGI TERMAMPU UNTUK MU ::

0 komen:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog-blog ceria

PENAFIAN

Laman web ini dan bahan yang disediakan "sebagaimana adanya" dan "sebagaimana tersedia", tanpa jaminan jenis apapun, sama ada tersirat atau tersurat mahupun dari segi undang-undang. Penulis tidak bertanggungjawab ke atas setiap kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan setiap maklumat atau bahan yang diperolehi dari laman web ini.