Social Icons

.

14 February 2012

PM Mengadap Sultan Johor: Parlimen Bakal Dibubar??

Gambar kiri: Kenderaan rasmi Pak Lah keluar dari Istana Johor. 
Gambar kanan: DS Najib dalam pertemuan bersama Sultan Johor.

Setiap kali sebelum pembubaran parlimen untuk Pilihan Raya Umum (PRU), Perdana Menteri (sebelum ini Dr. Mahathir dan Pak Lah) akan berangkat mengadap Sultan Johor. 

Lantas membuatkan rakyat saling tertanya-tanya apakah sebab konkrit PM perlu mengadap Sultan Johor setiap kali parlimen ingin dibubarkan untuk mengadakan PRU. Kenapa tidak mengadap sultan-sultan yang lain termasuk YDPA. 

Mungkin jawapannya hanya diketahui oleh individu yang begitu mengkaji sejarah Negeri Johor dan Negara Malaysia serta PM sendiri dan kerabat diraja Johor. 

Semua maklum bahawa baru-baru ini DS Najib Razak telah mengadakan lawatan kerja ke Negeri Johor. PM telah menghadiri majlis ulang tahun ke-15 Danga Bay di Pusat Konvensyen Danga Bay yang dirasmikan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar. Turut hadir Menteri Besar dan pemimpin kanan negeri. 


Dalam majlis tersebut, PM telah mengumumkan peruntukan RM200 Juta Dana Pemudahan Untuk Danga Waterfront. 


Selepas itu, PM bersama isteri mengadap Tuanku Sultan di Istana Pasir Pelangi. Pertemuan yang berlangsung kira-kira satu jam itu berakhir dengan majlis santapan petang. 

DS Najib Razak juga turut menghadiri sambutan perarakan chingay di Dataran City Centre, Johor Bahru. 


Sememangnya lawatan DS Najib Razak ini adalah atas urusan rasmi melakukan lawatan kerja ke Johor. Tapi adakah semata-mata turun ke Johor demi menghadiri majlis ulang tahun Danga Bay dan sambutan perarakan chingay sempena tahun baru cina? Tidak ada sebab lain?

Mestilah ada. Sebilangan besar rakyat Johor mungkin mengerti apakah maksud di sebalik lawatan PM ini. Tambahan, PM juga turut diiringi oleh beberapa menteri kabinet yang juga dari Johor seperti DS Hishamudin. 

Jadi, bila sudah kelihatan PM mengadap Sultan Johor, apakah benar ia tanda bahawa parlimen bakal dibubar untuk beri laluan kepada PRU-13 ?? Teka-teki akan terjawab apabila pengumuman rasmi oleh beliau. Nantikan...


~ JOHOR NEGERIKU, KEPADA ALLAH BERSERAH ~

0 komen:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog-blog ceria

PENAFIAN

Laman web ini dan bahan yang disediakan "sebagaimana adanya" dan "sebagaimana tersedia", tanpa jaminan jenis apapun, sama ada tersirat atau tersurat mahupun dari segi undang-undang. Penulis tidak bertanggungjawab ke atas setiap kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan setiap maklumat atau bahan yang diperolehi dari laman web ini.