Social Icons

.

26 March 2012

#2-4 Mac 2012: Karnival Sukan Anak Johor (KSAJ)

ASSALAMUALAIKUM WBT. SALAM TA'ZIM.

Pada 2 hingga 4 Mac 2012 yang lalu, saya bersama rakan-rakan anak Johor UKM telah menyertai satu program jemputan, anjuran Sekretariat Anak Johor Darul Ta'zim (SEJATI) UTM dengan Kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Belia Sukan. 

Logo Rasmi

Boleh dikatakan ini adalah Program Mega Mahasiswa Johor Tahun Ini. Diadakan di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Dengan diberi nama INTERAKSI BELIA SISWA JOHOR IPT 2012, program ini telah disertai oleh lebih 800 orang mahasiswa dari beberapa IPTA iaitu UTM, UTHM, USIM, UPM, UKM, UPSI, UUM, USM, UNIMAP, UMP dan UMT.  


Dalam program mega ini terdapat 2 sub-program iaitu [1] Karnival Sukan Anak Johor (KSAJ) 2012 Siri Kedua dan  [2] Wacana Ilmu Siswa. Bagi sub-program KSAJ Siri Kedua, ia adalan lanjutan daripada penganjuran KSAJ Siri Pertama pada Januari 2011 yang diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia anjuran PERMAJ UKM.

Manakala bagi sub-program Wacana Ilmu Siswa pula, ia adalah pertama kali diadakan pada penganjuran tahun ini. Walaupun, pada makluman awal dari penganjur, program ini juga akan diselitkan satu lagi aktiviti iaitu [3] Majlis Ramah Mesra Bersama YAB Menteri Besar Johor. Namun, di saat-saat akhir, MB tidak dapat hadir. Dikatakan sebab MB tidak dapat hadir kerana terpaksa berangkat ke Muar sempena lawatan Tan Sri Muhyidin Yassin. 

Aksi Maskot Kejohanan. 

Rombongan kami yang bertolak dari kampus UKM Bangi pada pagi jumaat (2 Mac), tiba di UTM pada petang itu dan terus mengikuti Majlis Perasmian Pembukaan yang diadakan di Stadium UTM. Perasmian Pembukaan disempurnakan oleh Dato Razali Ibrahim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan. Kemudian para peserta sama-sama menyaksikan perlawanan bola sepak antara pasukan TNC UTM dan Belia. 

Perasmian Pembukaan Oleh YB Dato' Razali Ibrahim. 

Perlawanan bola sepak antara pasukan TNC UTM dan Belia. 

Setelah itu kami dibawa oleh urusetia ke hotel penginapan peserta. Nampak riak wajah rakan-rakan yang sangat gembira. Mana tidaknya, dapat tidur hotel !! 

Hotel Penginapan Peserta. 

Pada malam itu, semua kontijen sibuk mempersiapkan pasukan masing-masing sebelum acara bermula pada keesokan pagi. Sebanyak enam acara dipertandingkan bagi KSAJ kali ini iaitu Futsal, Bola Jaring, Sepak Takraw, Badminton, Bowling dan Bola Tampar. Bagi Wacana Ilmu Siswa pula, diadakan beberapa slot seperti kepimpinan, peluang pekerjaan di Johor dan acara debat.

Acara Futsal

Acara Sepak Takraw

Acara Bola Tampar


Acara Bola Jaring

Acara Badminton

Slot Wacana Ilmu

TAHNIAH KEPADA PARA PEMENANG.
Johan; Sekretariat Anak Johor Darul Ta'zim (SEJATI) UTM, Naib Johan; Mahasiswa Johor UTHM, Tempat Ketiga; Majlis Anak Johor (MAJOR) UPSI, Ke-4; Mahasiswa Johor UNIMAP, dan Kelima; Ikatan Mahasiswa/i Johor (IKMAR) USM. 

Kontijen SEJATI UTM

Kontijen Siswa Johor UTHM

Kontijen MAJOR UPSI 

Kontijen SOHOR UMT

Kontijen IKMAR USM

Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada rakan-rakan SEJATI UTM untuk penganjuran kali ini. Semoga segala kekurangan dan kesilapan dapat diperbaiki untuk masa-masa akan datang. Adat berprogram, tidak semestinya berlaku seperti apa yang dirancang. Dan apa yang berlaku di luar perancangan itu sebenarnya boleh dielak untuk tidak terjadi. Walau apapun, pada ketika inilah saat-saat yang paling dinanti-nantikan oleh semua rakan-rakan mahasiswa Anak Johor dari seluruh IPTA untuk bertemu dan berhimpun bagi mengeratkan ukhwah sesama anak Johor. Tahniah juga kepada semua peserta Mahasiswa Johor dari UTHM, USIM, UPM, UKM, UPSI, UUM, USM, UNIMAP, UMP dan UMT.  

Kontijen PERMAJ UKM

Kontijen PERKASA JOHOR UPM

Kontijen AMANAH UUM

Kontijen Siswa Johor USIM

Kontijen Siswa Johor UMP

Kontijen Siswa Johor UNIMAP

Peserta Slot Wacana Ilmu Siswa

INSYA-ALLAH, penganjuran akan datang bakal dilaksanakan pula oleh rakan-rakan dari Ikatan Mahasiswa/i Johor (IKMAR), Universiti Sains Malaysia.

"TRANSFORMASI GERAKAN ANAK MUDA, ASPIRASI PERPADUAN BANGSA"

0 komen:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog-blog ceria

PENAFIAN

Laman web ini dan bahan yang disediakan "sebagaimana adanya" dan "sebagaimana tersedia", tanpa jaminan jenis apapun, sama ada tersirat atau tersurat mahupun dari segi undang-undang. Penulis tidak bertanggungjawab ke atas setiap kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan setiap maklumat atau bahan yang diperolehi dari laman web ini.