Social Icons

.

27 March 2012

BENDERA-BENDERA DI NEGERI JOHOR

Senarai Bendera di Negeri Johor dalam "MAJALAH SELAMAT JOHOR" tulisan oleh Dato' Sir Onn bin Jaafar. 


Sejarah Bendera Johor 

Johor mempunyai rekabentuk bendera yang telah dicipta sejak zaman Temenggung Daeng Ibrahim. Bendera Johor yang pertama berwarna putih, telah digunakan oleh baginda sebelum tahun 1855. Selepas itu Bendera Johor berubah kepada warna hitam dengan menambahkan petak kecil berwarna putih di sudut atas penjuru kiri bendera dan telah digunakan sehingga tahun 1865. 



Apabila Temenggung Abu Bakar menaiki takhta sebagai Sultan Johor (Maharaja Abu Bakar), Baginda menggantikan petak kecil berwarna putih tersebut kepada warna merah berpangkah putih. Kemudian pada tahun 1871, bendera tersebut digantikan pula dengan warna biru laut dan segi empat berwarna merah dengan bulan sabit dan bintang pecah lima berwarna putih di sudut kiri bendera. Sejak tahun 1871, bendera ini sebagai bendera rasmi Negeri Johor yang digunakan sehingga kini. 

Bendera Johor sejak 1871-kini
Bendera Johor yang digunakan pada sekarang ini dikatakan menyerupai dengan Bendera Turki. Hal ini kerana telah wujudnya hubungan diplomasi Sultan Johor dengan Kerajaan Othmaniah Turki pada satu masa dahulu (Sebab kenapa kedudukan bulan dan bintang itu condong).

Di zaman penjajah, bendera ini sentiasa dikibarkan lebih tinggi daripada Union Jack (bendera British). Inilah hikmah kebijaksanaan Kesultanan Johor untuk memastikan kedaulatan sultan dan bumi Johor sentiasa dipelihara dan dipertahankan, walaupun di era penjajahan. Keadaan ini telah mewujudkan satu perdebatan yang mempersoalkan Johor ketika era penjajahan, Benarkah Johor satu-satunya negeri Melayu yang tidak dijajah oleh British dan Jepun?

Pernahkan anda membaca kisah Jeneral Tentera Jepun tunduk sembah ketika menawan Istana Johor tatkala melihat potret Maharaja Jepun yang digantung di dalam istana? Lantas jeneral tersebut mengarahkan angkatan tenteranya agar segera meninggalkan Johor dan terus mara untuk menawan Singapura. [Baca sini]

Maksud Simbol Bendera Johor

Simbol anak bulan dan bintang yang berwarna putih melambangkan Agama Islam dan kesultanan Johor yang berdaulat. Warna merah melambangkan keperwiraan rakyat jelata Johor yang mempertahankan negeri. Warna biru tua pula mencerminkan kesejagatan kerajaan negeri. 

Bendera Di-raja Johor 

Dan adakah anda juga tahu bahawa di Johor, setiap kerabat Di-raja Johor iaitu terdiri daripada Sultan dan Sultanah Johor, Pemangku Raja dan Tunku Mahkota Johor mempunyai bendera sendiri? Malah terdapat juga bendera khas untuk Dato' Menteri Besar Johor.

Bendera Sultan Johor 


Bendera Sultanah Johor 

Bendera Pemangku Raja 

Bendera Tunku Mahkota Johor 

Bendera Dato' Menteri Besar 

Bendera Keraian Negeri 
Bendera Pembesar Daerah 

Di Johor, dahulunya setiap pembesar daerah ataupun digelar Orang Besar Daerah juga mempunyai bendera masing-masing iaitu di daerah Johor Bahru, Muar, Batu Pahat dan Endau. Jawatan tersebut telah ditukar kepada Pegawai Daerah (DO) dalam pemerintahan moden Johor. Kini bendera daerah tidak digunakan lagi. Namun, dikhabarkan daerah Muar yang masih menggunakan iaitu bendera Muar masih dikibarkan di Pejabat Daerah Muar (mungkin orang Muar lebih tahu). Ketiga-tiga daerah ini berkait rapat dengan sejarah awal Johor. Lihat pada Jata Negeri Johor. Anda akan dapati ada empat bintang kecil di sudut perisai putih pada jata itu (merujuk kepada empat daerah awal di Johor). 

Bendera Pesuruhjaya Negeri Bagi Daerah Batu Pahat 

Bendera Pesuruhjaya Negeri Bagi Daerah Segamat

Bendera Pesuruhjaya Negeri Bagi Daerah Muar 

Kesimpulan

Marilah kita menghayati falsafah di sebalik simbol bintang, bulan dan warna-warna pada bendera Johor.

Dalam ertikata yang mudah, bendera Johor adalah lambang kedaulatan DYMM Sultan Johor, keperwiraan rakyat jelata Johor dan kesejagatan kerajaan negeri Johor. Lebih jelas lagi, bendera Johor adalah lambang yang merangkumkan institusi kesultanan, rakyat jelata dan kerajaan negeri.

Hasil kebijaksanaan Kesultanan Johor (Sultan Sir Abu Bakar), pada tahun 1885, United Kingdom bersetuju menandatangani satu perjanjian dengan Johor di mana negeri itu diiktiraf sebagai sebuah negeri merdeka yang mampu mengendalikan pentadbiran sendiri. Sebab itulah pegawai tinggi British yang ditugaskan ke Johor hanya bertindak sebagai konsultan, bukannya penasihat, seperti di lain-lain negeri di Tanah Melayu ketika itu.

Dan sebab itulah juga kesultanan Johor ketika itu boleh memilih untuk mengenepikan pandangan pegawai tinggi British dalam pengurusan negeri berkenaan di era penjajah.

Kedua-dua faktor di ataslah yang membolehkan bendera Johor dikibarkan lebih tinggi daripada Union Jack di zaman kolonialis. Ini bermakna bahawa kedaulatan sultan Johor dan bumi Johor sentiasa dihormati oleh British walaupun di zaman penjajah.

Lantaran itu, rakyat jelata Johor wajar berbangga dengan hakikat di atas. Mereka juga perlu menghargai kebijaksanaan kesultanan Johor yang mempertahankan dan memelihara kedaulatan dan maruah bumi Johor di era penjajah.

Oleh kerana sesuatu bendera itu melambangkan perpaduan sesuatu kelompok manusia dari semua latarbelakang kehidupan di dalam sesebuah negeri atau negara, mengapakah harus ada rakyat Johor yang kurang bersemangat untuk mengibarkan bendera Johor dan bendera Malaysia menjelang sambutan hari kemerdekaan?

Insaflah, kalau kesultanan Johor sentiasa memelihara dan mempertahankan kedaulatan bumi Johor dan rakyat jelatanya di era penjajah, menerusi bendera Johor yang dikibarkan lebih tinggi daripada Union Jack, tidakkah rakyat Johor hari ini rasa terpanggil untuk terus mempertahankan kedaulatan kesulatanan dan bumi Johor mutakhir daripada sebarang ganggu-gugat oleh mana-mana pihak?

Kibarkanlah bendera Johor dengan penuh semangat dan rasa cinta, kasih dan sayang yang total kepada Johor. Kibarkanlah juga bendera Malaysia atas dorongan semangat yang sama. 

=> Bendera Johor Berdaulat

Dikemaskini
Nota tambahan:
1) 4 bintang kecil di sudut perisai pada Jata Johor adalah merujuk kepada empat daerah (jajahan besar) terawal di Johor iaitu Johor Bahru, Muar, Batu Pahat dan Endau. 
2) Daerah yg mempunyai bendera sendiri sejak dahulu lagi ialah Muar, Batu Pahat, Endau (seperti yg dipamerkan di atas) dan Johor Bahru (masih mencari sumbernya). 
3) Mulai tahun 2012, Kerajaan Negeri melalui Pejabat Daerah berusaha mengadakan pertandingan mencipta bendera daerah bagi daerah-daerah yg tidak mempunyai bendera sendiri. [KulaijayaLedangKluang, Pontian]


BACA ARTIKEL TERBARU --> BENDERA RASMI DAERAH-DAERAH DI JOHOR

26 komen:

  1. sy berbangga menjadi anak johor... tak sangka johor ni mmg terbaik... tanah yg berdaulat....

    ReplyDelete
  2. Bendera pesuruhjaya negeri utk daerah2 lain xde ke?

    ReplyDelete
  3. tidak semua daerah ada bendera sndiri. saya ada nyatakan keterangan berkaitan bendera pesuruhjaya negeri bagi daerah2 berkaitan. sila baca dan fahamkan. mungkin saudara ada terlepas pandang satu perenggan

    ReplyDelete
  4. admin.. just tlg check yg mane betul.. dlm page ni dinyatakan bendera segamat seperti yg di atas tu.. tp dlm Wikipedia bendera tersebut dinyatakan sebagai bendera Endau.. plsz admin tlg jelaskan.. ditakuti kepada pencari sejarah muda seperti saya ni nnti tersalah fakta ttg sejarah negeri sendiri.. tq admin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gambar ketiga, saya merujuk kepada sumber dari Majalah "SELAMAT JOHOR" tulisan oleh Dato' Sir Onn bin Jaafar.

      Delete
    2. wiki boleh diedit oleh sesiapa pun

      Delete
  5. Replies
    1. Maaf, pembetulan. Endau sekarang dalam daerah Mersing. Tiada kaitan dgn Segamat.

      Delete
  6. Replies
    1. Pasir Gudang adalah sebuah daerah kecil di bawah naungan daerah besar Johor Bahru, hanya dalam bab pentadbiran kerajaan tempatan, ia di bawah Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG).

      Delete
  7. Salam admin, nak tanya, bendera2 seperti bendera daerah hanya boleh dikibarkan di pej daerah sahaja ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh dikibarkan di seluruh daerah tersebut. Contoh pada sambutan Hari Keputeraan Tuanku dan Pengisytiharan Muar Bandar Diraja pada tahun lepas, seluruh daerah Muar di sepanjang jalan dinaikkan bendera ini. Seluruh warga Muar mengibarkannya.

      Delete
  8. satu usaha yg bagus teruskan weyy

    ReplyDelete
  9. Raya baru2 ni jalan2 kt bandar muar memang byk sgt bendera muar dikibarkan.. Proud to be Anak Johor wlpn x menetap d Johor

    ReplyDelete
  10. asssalam..
    saya berminat nk buat stiker untuk tampal di motorsikal..
    tapi saya nak ambil lambang bulan & bintang sahaja dan mahu tukar kepada warna hitam..boleh x?

    ReplyDelete
  11. Saya suka artikel ni.. teruskan usaha awak menyampaikan maklumat yg betul berdasarkan sumber yg betul dan boleh dipercayai. GooD JoB! Just nk remind to all, Wikipedia is untrusted sources (anybody can be wiki scholar) & x boleh diletakkn sbg slh 1 drpd reference(smber rujukan) xkira dalam assignment/kerja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Miss Za. Moga bermanfaat utk semua.
      Betul kata awak sebab reference (rujukan) amat penting.
      Salam kenal bloggers :)

      Delete
  12. Cer cari kat wikipedia..rasenye semua daerah ada dah bndera sendiri...baru baca tadi kat wiipedia...tapi link tu tak boleh letak sini....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wikipedia sesiapa saja boleh baca dan boleh edit.
      Dan itu juga sumber bacaan saya tapi bukan sumber rujukan.

      Delete
  13. Replies
    1. Bintang hanya melambangkan agama islam. 5 bucu minimum, kalau kurang 5 tak cantik la. Lebih 5 baru ada maksud seperti di bendera malaysia yg mewakili negeri-negeri.

      Delete
  14. Boleh sy dapatkan maksud simbol dan warna yg tdapat pada bendera batu pahat? Kerana ahli persatuan sejarah masih belum mempunyai jawapan mksud2 pada bendera batu pahat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya juga masih tak dapat penjelasan sebenar. Setakat yg saya teliti, warna merah dan hitam boleh disebut sbg lambang kepahlawanan atau keperwiraan. Mungkin.

      Delete
  15. Muar legend..tmpt asal sultan sblum sultan johor moden..sultan ali, waris dr sultan penakluk johor/riau/lingga/pahang..dlm byk2 daerah johor, muar paling special..sbb tu bendera ada 4 warna dari semua daerah..pengikut sultan ali muar termasuk pahlawan si bongkok, manakala pengikut sultan johor ialah temenggung muar yg tggl kat segamat..itu yg terjadi perang saudara dua pihak sempadan segamat/muar..smp skrg waris sultan ali ada lg dgn waris temenggung muar.

    ReplyDelete

Terima kasih di atas komen yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog-blog ceria