Social Icons

.

20 April 2012

Majlis Makan Malam Anak Johor IPTA 2012 #7 April 2012


Pada 7 April 2012, saya bersama rakan-rakan PERMAJ bertolak ke Johor Bahru untuk menyertai program mahasiswa Johor IPTA kali ini iaitu Majlis Makan Malam Menteri Besar bersama Anak Johor IPTA yang diadakan di New York Hotel, Johor Bahru. 

Majlis ini adalah anjuran bersama Gabungan Anak Johor (GAJ) IPTA, Sekretariat Anak Johor (SOHOR) UMT, Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) dan Kerajaan Negeri Johor. Kira-kira 1000 orang mahasiswa Johor dari 12 buah IPTA; UMT, UKM, UPM, USM, UPSI, UUM, UTM, UM, UTHM, USIM, UMP dan UiTM telah hadir pada program ini dan turut mendengar taklimat ringkas oleh wakil Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) mengenai Iskandar Malaysia dan peluang pekerjaan yang ditawarkan.

Barisan Presiden Anak Johor IPTA

YAB Menteri Besar, Dato' Abdul Ghani Othman hadir bersama barisan exco negeri, antaranya YB Datuk Maulizan Bin Bujang (Exco Pengajian Tinggi Johor), YB Md Jais Sarday (Exco Belia dan Sukan Johor) dan YB Dato' Hj Obet Bin Tawil (Setiausaha Kerajaan Johor) yang tiba dari Batu Pahat sempena lawatan YAB Perdana Menteri ke sana. Turut bersama, Pengurus Besar YPJ beserta pegawai-pegawainya dan barisan pegawai kanan negeri serta pegawai-pegawai Iskandar Malaysia. 


Barisan VIP: Dato' SUK, Tuan Penasihat GAJ dan Pengurus Besar YPJ.  

Menteri Besar dalam ucapannya,  berharap penuntut IPTA dari Johor membangun kekuatan intelek dan tidak sekadar menguasai akademik atau kepakaran kerana tenaga mereka amat diperlukan dalam fasa pembangunan yang semakin pesat terutama dalam Iskandar Malaysia. 


Dalam majlis itu juga, kerajaan negeri melalui Yayasan Pelajaran Johor bersetuju memperuntukkan sejumlah dana RM36,000 untuk diagihkan kepada Persatuan Mahasiswa Johor di setiap IPTA sebagai dana sumbangan bagi keperluan pengurusan organisasi mahasiswa Johor IPTA. 


Selesai majlis makan malam, diadakan satu pertemuan tertutup antara Menteri Besar dengan wakil-wakil anak Johor dari setiap IPTA dan saya sebagai penyelaras GAJ bersama tuan penasihat juga terlibat dalam pertemuan itu. Pelbagai perkara telah diajukan kepada beliau, iaitu isu-isu yang berkaitan mahasiswa Johor. Daripada soal pembiayaan pengajian (pinjaman & biasiswa), peluang pekerjaan, hubungan kerajaan negeri dengan mahasiswa, isu pembangungan negeri, sehinggalah isu-isu kemasyarakatan.


Pada keesokan pagi 8 April 2012 (Ahad), semua peserta secara berkonvoi (bas & kereta) dengan diiring polis trafik telah  dibawa ke Danga Bay (melawat Pusat Informasi Iskandar Malaysia), Kota Iskandar (melawat Dewan Negeri) dan Johor Premium Outlet sebelum semua pulang ke destinasi masing-masing sempena cuti pertengahan semester.





~ GEMILANG ANAK JOHOR ~

Baca --> Utusan
Lihat --> Album gambar

0 komen:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog-blog ceria

PENAFIAN

Laman web ini dan bahan yang disediakan "sebagaimana adanya" dan "sebagaimana tersedia", tanpa jaminan jenis apapun, sama ada tersirat atau tersurat mahupun dari segi undang-undang. Penulis tidak bertanggungjawab ke atas setiap kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan setiap maklumat atau bahan yang diperolehi dari laman web ini.