Social Icons

.

28 May 2012

Isu Plat WWW1 [Part 1]: Heboh! Sultan Johor Menang Bidaan Plat RM520k


Berkenaan bidaan WWW1 yang heboh diperkatakan semenjak malam tadi yang telah menjadi milik Tuanku Sultan Ibrahim, ramai yang membuat tanggapan sendiri. Malah ada yang berkata Sultan Johor beli plat nombor kereta guna duit rakyat.

Kawan cuma nak kata sikit saja, "Kalau orang biasa beli no plat mahal dikatakan orang tu kerja keras, Kalau pemerintah beli no plat mahal dikatakan pemerintah tu makan duit rakyat?". Macam tu la pula eh.

Sebenarnya Keluarga Diraja Johor dari dulu lagi ada bisnes sendiri. Semenjak zaman Almarhum Sultan Iskandar lagi kita sudah disajikan dengan cerita yang memeranjatkan seperti Yang Dipertuan Agong Ke-8 mendermakan kesemua elaun kepada badan kebajikan sebanyak RM3.8m sehinggakan Almarhum dilabelkan sebagai "Raja Yang Tak Bergaji". 

Sifat ini diwarisi oleh Sultan Ibrahim, contoh yang kita tahu Sultan Johor kurnia 11 kereta, 8 Harley Davidson kepada PDRM. Jika difikir logik, mengapa nak beli kereta atau no plat guna duit rakyat lagi?

Dan anda juga perlu ingat Sultan Johor mempunyai kekayaan mereka sendiri. Malah Sultan Sir Ibrahim moyang Sultan sekarang merupakan salah seorang lelaki terkaya di dunia satu masa dahulu.

Dan bila anda baca senarai yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkenaan "Senarai Permohonan Tender Yang Berjaya" anda dapat lihat diatas sekali tertulis "D.Y.M.M SULTAN IBRAHIM JOHOR". Kawan fikir, Johorean tak terperanjat pun, sebab memang percaya Tuanku mampu. Dan berbalik pada senarai tersebut, itu menunjukkan yang Tuanku menggunakan saluran dan prosedur yang betul apabila berurusan dengan kerajaan. Tuanku tidak menggunakan kedudukan baginda untuk mendapatkan sesuatu yang diingini.




# Komen Aku: 
Boleh dikatakan bidaan ini juga salah satu cara Tuanku membantu rakyat. Tuanku membuat bidaan ini atas dasar minat Tuanku (rakyat Johor terutamanya, sedia maklum bahawa Tuanku seorang yg gemar pada permotoran) dengan menggunakan harta peribadi Tuanku. 

Duit hasil daripada semua pembida ini akan diperoleh oleh JPJ dan semestinya ia akan digunakan oleh kerajaan pusat untuk tujuan pembangunan dan pentadbiran negara. Bukankah ini konsep 'Give & Take'? 

Tuanku dapat apa yang Tuanku mahukan dan disamping itu juga Tuanku memberi sesuatu yang manfaatnya akan kembali kepada rakyat (seluruh rakyat Malaysia). Maka, situasi yang berlaku ini ialah Tuanku 'memberi' kpd rakyat, bukan Tuanku 'makan' duit rakyat.


Johoreans maklum yang Keluarga Diraja Johor ni ada perniagaan sendiri. Sebab tu sultan pun kena bayar zakat sampai 1 juta. Baca sini. Sultan Johor sejak dulu lagi memang berjiwa rakyat dan prihatin terhadap segala permasalahan yg berlaku di Johor. Atas dasar itu, tuanku setiap tahun akan masuk ke kampung-kampung, menjelajah pulau dan mengembara ke seluruh pelusuk negeri melalui Acara Kembara Mahkota Johor untuk bertemu, bermesra dan bergurau senda dengan rakyatnya. Hal ini sama sekali tidak berlaku di negeri-negeri lain.


Kesimpulannya, jangan nak mempertikaikan suatu perkara kalau tak tahu atau tak arif dengan perkara itu. Kaji dahulu sebelum berbicara. Selidik dahulu sebelum menghukum. Johoreans ada hak untuk mempertahankan sultannya sebagaimana rakyat negeri lain yang mesti pertahankan sultan mereka jika dipersenda, dipertikai, diperkata oleh mana2 pihak yang berniat jahat. Walaupun marah dan kecewa dgn pihak2 berkenaan, namun Johoreans masih waras dan mampu melawan kritikan balas secara sopan kepada pihak2 yg mempertikaikan itu. 





Keadaan ini sepatutnya tidak berlaku sekiranya pihak2 itu arif tentang sejarah ataupun terlebih dahulu membuat kajian dan penelitian sebelum melontarkan apa jua kenyataan. Atas dasar bangang dan bongkak, perkara ni pun nak dijadikan modal politik. Bila la otak Melayu ni nak matang dan maju selagi ada mulut2 longkang macam ni. Bagi aku, ini tindakan yg sangat bangang. Sia-sia jela korang berkempen nak tawan Johor dalam PRU nanti sebab awal2 lagi korang dah 'serang' Sultan Johor. Agaknya dah teringin sangat nak jumpa Komando JMF. Jadilah pemimpin yg bertanggungjawab. Belum lagi berkuasa dan memerintah, dah buat perangai. Kalau dah berkuasa entah apa la korang buat.

Bangsa Johor akan setia mempertahankan Tuanku Sultan dan seluruh Keluarga Diraja Johor. Daulat Tuanku !


Paduka: Banyakkan baca dan kaji sejarah Johor. Tak payah kecoh nak cakap itu ini kalau tak tahu sejarah dan fakta.


Artikel Berkaitan: 

3 komen:

  1. Hanya orang johor je yg paham sultannya.

    ReplyDelete
  2. yup betul tu.. orang negeri lain pun akan marah klau ada yg mengata sultan mereka..

    ReplyDelete
  3. Daulat tuanku!! hehe...hidup sultan johor..

    ReplyDelete

Terima kasih di atas komen yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog-blog ceria

PENAFIAN

Laman web ini dan bahan yang disediakan "sebagaimana adanya" dan "sebagaimana tersedia", tanpa jaminan jenis apapun, sama ada tersirat atau tersurat mahupun dari segi undang-undang. Penulis tidak bertanggungjawab ke atas setiap kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan setiap maklumat atau bahan yang diperolehi dari laman web ini.