Social Icons

.

16 May 2012

Teruskan Legasi Ini

:: Assalamualaikum wbt ::

Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Setiap yang datang pasti akan pergi. Setiap yang bertemu pasti akan berpisah. Dan begitulah seterusnya, apabila berlaku sesuatu pasti akan berlaku pula sesuatu yang lain.


Mesyuarat Agong Tahunan (AGM) PERMAJ ke-36 telah selamat diadakan pada Rabu, 9 Mei 2012 yg lalu. AGM ini sebagai simbolik tamatnya kepimpinan lama dan peralihan kepada kepimpinan baru. Apa yg aku nak nukilkan di sini ialah imbasan atau kesimpulan daripada AGM ini yang mungkin perlu diteliti dan cakna oleh 'mereka' di dalam PERMAJ.



AGM kali ini dirasmikan oleh Tuan Hj Mohd Jamal Bin Ali selaku Penasihat Gabungan Anak Johor (GAJ). Beliau adalah penasihat PERMAJ (penasihat pertama PERMAJ sejak ditubuhkan) ketika berkhidmat di Hal Ehwal Pelajar UKM dan juga sebagai Ketua Jabatan Pentadbiran Am di Pusat Perubatan UKM sebelum bersara pada tahun 2011 yang lepas. Beliau seorang motivator dan trainer yang amat dikagumi oleh anak-anak didik beliau yang lebih dikenali dengan nama En Jamal atau Boss MJA. 


Aku terlintas untuk menjemput En Jamal hadir dan merasmikan AGM ini kerana aku merasakan ada suatu amanat atau peringatan yang beliau ingin sampaikan kepada PERMAJ dan jemputan itu hanya melalui telefon. Bila aku call: "En Jamal, jemput datang AGM PERMAJ rabu ni. Dia kata: "Ok boleh tapi kejap jela". Terima kasih En Jamal ! Sejak saya dalam PERMAJ (Naib Presiden 3 pada 2010/2011 dan Timbalan Presiden 1 pada 2011/2012), En Jamal tak menolak sebarang jemputan dari saya. Maklum saja, PERMAJ begitu sebati dalam diri beliau. Dan aku juga merasakan muka-muka yang baru menyertai PERMAJ perlu mengenali beliau supaya tidak wujud pertanyaan bodoh dari mereka "En Jamal ni siapa?". Sumpah aku cakap! kalau ada yg tanya, tu silap besar dalam PERMAJ. Jemputan ini ibarat 'simbolik' yg tersirat maksudnya.

Bila En Jamal berucap, aku dengar kata-kata beliau dengan teliti. Tak tahu la yg lain-lain dengar ke atau buat bodoh sekadar mendengar. Melihat memek muka beliau, aku macam boleh jangka apa yg akan diucapkan. Dan BENAR! Ucapan itu adalah peringatan khas kepada PERMAJ terutama kepimpinan yg baru. Mungkin itu amanat terakhir beliau jika selepas ini kepimpinan PERMAJ berada jauh dari beliau.


Aku simpulkan AMANAT dan PERINGATAN beliau : 

1. "Saya melihat PERMAJ dalam tahun kebelakangan ini sangat MERUDUM". Setiap tahun bersilih ganti orang yg memegang amanah tapi amanah itu tetap sama. Gemilangkan Anak-anak Johor ke peringkat tertinggi dan membanggakan. 

2. "Anak-anak Johor di universiti lain dah mula naik. INGAT TU! Kita tidak bersaing sesama sendiri. Tapi sebagai 'Abang Long', PERMAJ tidak boleh merudum apatah lagi jatuh. Kena sentiasa bangun dan maju. Kerana PERMAJ dijadikan model untuk 'adik-adik baru' melangkah kejayaan. 

3. "Jangan jauh dari penasihat, senior dan alumni. Kenal rapat dan dekatlah dengan setiap mereka ini. 

4. "Jangan biarkan ahli-ahli terbiar. Usahakan agenda yang dapat mengumpulkan mereka bersama. Teruskan aktiviti yg memberi manfaat kepada semua. Adakan program yg beri impak besar kepada anak Johor dan terimpak juga kepada PERMAJ. 

5. "Jadikan ini platform untuk membentuk jatidiri anda. Peroleh ilmu-ilmu dan pengalaman sebanyak mungkin. Inilah bekalan untuk langkah anda seterusnya. 


Apa yg beliau ucapkan itu harus menjadi asas utama bagi kepimpinan baru utk melaksanakan tugas dan amanah ini. Jangan anggap ia hanya ucapan biasa. Bukan sekadar mendengar tanpa kesan di fikiran kepala. Begitu juga dengan apa yg disampaikan oleh Penasihat PERMAJ, Tuan Hj Mohd Hanafiah Omar untuk dijadikan peringatan kepada semua. Isi ucapan beliau walaupun ringkas tetapi padat dengan teguran sinis yg perlu diteliti secara halus oleh kepimpinan baru. Dan juga perlu diambil kira terhadap semua pesanan dan kritikan daripada wakil-wakil alumni. 

Pada malam tu aku 'dirayu' untuk menjadi pengerusi mesyuarat. Aku menolak dengan halus rayuan tu kerana aku berasa bukanlah seorang yg layak untuk mempengerusikannya. Melihat situasi sebelum ini yg rata-rata 'mereka' tidak suka dengan cara aku dalam kepimpinan sehingga wujud pakatan menghentam aku. Menganggap segala pendapat aku dalam kepimpinan umpama sampah sarap yg tiada manfaat. Mengkritik aku secara 'cakap belakang'. Lalu aku katakan, kenapa mahu aku pada malam tu. Jawapan yg aku dapat; "Sape lagi selain kau?. Itulah realiti. Pabila saatnya dah genting, yg 'sampah' tu la amat diperlukan. Aku terima juga rayuan tu atas dasar amanah dan dalam hati aku katakan, masa untuk 'menghentam balik'. Bunyi macam jahat tapi hanya dengan cara ini utk beri pengajaran. 

Beberapa usul telah dikemukakan pada sidang mesyuarat. Dari wakil2 alumni melontarkan pandangan dan kritikan antaranya berkaitan makluman/jemputan program kepada alumni, hebahan program, pengurusan organisasi, sumber kewangan, hubungan barisan kepimpinan dengan alumni dan lain2. Dari ahli2 yg hadir melontarkan cadangan2 berkaitan identiti PERMAJ, hubungan bersama, hebahan program dan juga ucapan tahniah/penghargaan kepada kepimpinan. Di sini aku melihat, kemampuan Presiden dan MT yg lain utk merespon segala pandangan/kritikan yg dilontarkan. Aku hanya berperanan sebagai pengerusi ketika itu. Setelah mereka gagal memberi maklumbalas, aku terpaksa bersuara sebagai respon terhadap beberapa perkara. 

Dan aku juga telah melontarkan satu usul khas iaitu memohon memperbetulkan kesilapan teknikal yg selama ini berlaku iaitu berkaitan penggunaan 'Sesi Tahun'. Kepimpinan yg sebelum ini 'terlambat' satu sesi, contoh, kepimpinan melalui perlantikan pada 2010 menggunakan sesi tahun 2009/2010 dan kepimpinan yg dilantik pada 2011 menggunakan sesi tahun 2010/2011. Hal ini dipercayai berpunca daripada waktu pemilihan MPP dan pemilihan peringkat persatuan yg sentiasa berubah dan perubahan itu dilakukan tanpa penyelarasan. Aku mohon usul itu dibawa ke peringkat HEP utk mendapat pandangan dan pertimbangan. Perkara ini walaupun dilihat 'hal kecil' tapi perlu diperbetulkan kerana ia bersifat berpanjangan. Terpulang kepada kepimpinan baru utk menilai peri pentingnya segala usul yg dilontarkan. 

Insya-Allah, melihat kesesuaian situasi untuk aku lontarkan apa yg sesuai diperkatakan terhadap PERMAJ sesi baru ini. Iaitu merangkumi peranan utama exco, perkara yg perlu dielakkan, perkara yg perlu dilakukan dan cadangan bagi penambahbaikan.



INGAT-LAH !!!
Yg dikatakan Keluarga PERMAJ ialah para senior, junior dan alumni. Bukan korang2 saje. Terima kasih, syabas dan tahniah kepada insan-insan yang membawa aku ke dalam PERMAJ. Sedar-sedarlah diri wahai jiwa yg tidak sedar itu. Tak kan ada yg sekarang tanpa yg terdahulu. 

0 komen:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog-blog ceria

PENAFIAN

Laman web ini dan bahan yang disediakan "sebagaimana adanya" dan "sebagaimana tersedia", tanpa jaminan jenis apapun, sama ada tersirat atau tersurat mahupun dari segi undang-undang. Penulis tidak bertanggungjawab ke atas setiap kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan setiap maklumat atau bahan yang diperolehi dari laman web ini.