Social Icons

.

27 June 2012

[Video & Lirik] Lagu-lagu Kebangsaan Negeri Johor


LAGU BANGSA JOHOR

Allah Peliharakan Sultan
Nugerahkan Dia Segala Kehormatan
Sihat dan Ria
Kekal dan Makmur

Luaskan Kuasa
Menaungkan Kami
Rakyat Dipimpini
Berzaman Lagi

Dengan Merdeka Bersatu Hati
Allah Berkati Johor
Allah Selamatkan Sultan


JOHOR NEGERIKU
Ciptaan: Haji Omar Taib (1996)

Negerinya Besar Di Suatu Masa
Barat Timur Selatan Ke Utara
Pusat Pemerintah Di Johor Lama
Dikenali Juga Kota Diraja

Pemerintah Dan Rakyat Negeri
Serangan Musuh Terus Ditangkisi
Berbagai Cabaran Sama Menangani
Bangun Jatuh Berdiri Kembali

Bacalah Sejarah Negeri Johor
Negeri Terbilang Serta Termasyhur
Dalami Sejarah Kenali Bangsa
Barulah Kita Dapat Berbangga

Sejak Dahulu Sehingga Kini
Berbagai Perubahan Dilalui
Lapan Daerah Berkembang Maju
Pesat Membangun Johor Negeriku


JOHOR SEIRING
Ciptaan: Salamiah Hassan

Bersatu Kita Teguh

Di Bawah Wawasan Kita Berteduh
Walaupun Perjalanan Masih Jauh
Semangat Kita Tetap Teguh

Arus Perubahan Kini Telah Bermula
Semangat Baru Asas Perjuangan Kita
Terbuka Segala Peluang Yang Ada
Gigih Berusaha Amalan Kita

Bangunlah Johor
Bangunlah Anak Watan
Seiring Kita Kumpulkan Segala Kekuatan
Lautan Yang Dalam Sama Kita Renangi
Gunung Tinggi Sama Kita Daki

Kita Berjuang
Dan Terus Berjuang
Martabat Bangsa Sama Kita Julang
Demi Johor Darul Ta'zim Yang Diberkati
Kita Seiring Menabur Bakti



TANJUNG PUTERI
Oleh: Othman Hamzah

Tajuk Johor Tanjung Puteri
Selat Tebrau Airnya Biru
Di Pantai Lido Tepian Mandi
Sepanjang Masa Di Hari Minggu

Atas Bukit Tanjung Puteri
Taman Hiburan Indah Berseri
Pemandangan Menawan Hati
Jalan Tambak Hubungan Negeri

Tanjung Sekijang Nun Di Kuala
Tempat Nelayan Mengail Gelama
Istana Hinggap Di Kuala Danga
Pantai Berkelah Keluarga Diraja

Dari Tebrau Orang Berakit
Singgah Stulang Membeli Kopi
Pusara Si Bongkok Di Lereng Bukit
Di Tepi Pantai Tanjung Puteri

19 June 2012

Anak Johor Bangkit Bantah Si Bedebah Biadap!

Kenapa hanya berani di laman sosial, Facebook dan Twitter? 



Itulah gaya bacul pemimpin mahasewel dari puak2 Jahanam Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yg kononnya suara mereka mewakili seluruh gerakan mahasiswa dan anak muda. 

17 June 2012

Menghayati Kisah Teragung Israk Mikraj

"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui . (Surah al-Isra':1) 


Antara peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang perjalanan israk Rasulullah SAW yang ditemani oleh Malaikat Jibrail AS:

1. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka, apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

2. Tempat yang berbau harum.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

3. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

4. Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

5. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

6. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

7. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tetapi ditambah lagi kayu yang lain.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

8. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan gunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

9. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

10. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tetapi sudah terlambat.

11. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

12. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke hari tua.

13. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat. 


Salam Israk Mikraj. 

# Baca lanjut di www.iluvislam.com

12 June 2012

Isu Plat WWW1 [Part 5]: Nizar Mengaku Salah ! Mahu Isu Dihentikan. Game Plan Gagalkan Salahudin Tawan Johor

Nizar Mohon Mengadap Sultan Johor


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan memohon mengadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail dan bersedia meminta maaf supaya kontroversi isu bidaan nombor pendaftaran WWW 1 yang berlaku dapat dihentikan.

Beliau akan menghantar surat memohon mengadap Sultan Johor pada bila-bila masa sahaja.

“Surat akan dimajukan kepada istana, untuk kita kemukakan permohonan mengadap,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen.

Ketika ditanya mengapa beliau mahu memohon maaf, sedangkan beliau sendiri mempertahankan kenyataan ‘tweetnya’ langsung tidak menggambarkan penghinaan kepada Sultan Johor, beliau berkata inilah sifatnya sebagai seorang rakyat.

Katanya, tidak salah untuknya memohon maaf dan itu merupakan sifat yang mulia.

Terdahulu, Nizar menyatakan pandangan sebagai seorang rakyat di dalam ‘tweet’

Beliau tidak bermaksud untuk mempertikaikan tindakan Sultan Ibrahim Ismail menawarkan bidaan tertinggi sebanyak RM520,000 sebaliknya kenyataan itu dibuat secara umum.

“Itu hanya pandangan saya sebagai rakyat biasa yang melihat senario di negara ini bahawa masih ramai yang hidup dalam kesempitan dan memerlukan perhatian,” katanya. - harakahdaily

p/s: Kenapa Salahudin tak ada bersama dalam sidang media tu ek ?!

Artikel Berkaitan:
Isu Plat WWW1 [Part 1]: Heboh! Sultan Johor Menang Bidaan Plat RM520k
Isu Plat WWW1 [Part 2]: PAS Johor 'Bengang' Dengan Nizar?
Isu Plat WWW1 [Part 3]: Nizar Umpama Menabur Duri di tengah Laluan Salahudin Ayub Menawan Johor
Isu Plat WWW1 [Part 4]: Polis Ambil Keterangan Nizar

10 June 2012

[Berita] Himpunan Menjunjung Taat Setia DYMM Tuanku Sultan Johor


Himpunan Menjunjung Taat Setia DYMM Tuanku Sultan Johor. 

Hari ini 10 Jun 2012 seluruh rakyat Johor pelbagai kaum, Melayu, Cina, India, Sikh dan Orang Asli berhimpun di pekarangan Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru sebagai tanda sokongan dan taat setia ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor. 

Rakyat Johor yang hadir berhimpun mewakili pelbagai pertubuhan, kelab, komuniti dan badan-badan bukan kerajaan (NGO). 

Himpunan ini adalah mesej jelas kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang dan fahaman, bahawa Bangsa Johor bersatu hati dan setia mempertahankan Kesultanan Johor. 

Himpunan ini diadakan berikutan wujudnya pihak-pihak yang mempertikaikan isu bidaan plat WWW1 yang berjaya dibida oleh Tuanku Sultan Johor. Dan juga pelbagai isu lain sebelum ini yg dikaitkan dengan Kesultanan Johor. 

Rakyat Johor mula berhimpun pada jam 9 pagi walaupun acara kemuncak bermula jam 2 petang. 

Aku tak nak letak angka berapa ribu yang datang berhimpun walaupun ada yg laporkan hampir 20 ribu, 30 ribu cuma korang tengok gambar-gambar kt bawah ni dan letaklah angka sendiri ok. 

.: Dengan Merdeka Bersatu Hati :.
.: Allah Berkati Johor :.
.: Allah Selamatkan Sultan :.

! Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku ! 

Sumber gambar: FB & Twitter Kesultanan Johor, FB Johor Darul Takzim, FB Radio Best 104 dan Blog2.

Di pekarangan Istana Pasir Pelangi. 





Gabungan NGO Tiong-Hua Johor. 

Kaum Sikh Johor. 

Persatuan Kontraktor India Johor. 

Kelab Scrambler. 

Persatuan Bekas Tentera Malaysia Negeri Johor. 


Banner khas untuk Nizar Jamaludin. 







Rakyat Johor berikrar taat setia kepada Tuanku. 




Sultan Johor bersalaman dengan rakyat Johor hampir 1 jam tanpa berpayung di bawah panas terik. 





Dan..istimewa untuk rakyat Johor...
Tuanku bersama Neo WWW1. 

Sesuatu yg korang wajib tahu (bg sape yg xtahu), warna biru adalah simbol Sultan Johor dan Rakyatnya. Antara warna diraja Johor selain kuning dan putih (tengok gambar istana,ada bendera putih tu bendera sultan). Sultan Johor lebih sinonim dengan warna biru berbanding warna kuning diraja sebagai lambang Tuanku dan rakyatnya sentiasa bersama. 

Jom sama-sama tengok video ni...

Sultan Johor sebak 30,000 rakyat berhimpun ikrar taat setia


JOHOR BAHRU 10 Jun - Perhimpunan Ikrar Taat Setia Sultan Johor gamat dengan kehadiran rakyat dari segenap masyarakat Johor semakin bertambah mencecah 30 Ribu yang terdiri dari kalangan rakyat di Negeri tersebut.

Ianya diluar jangkauan pihak penganjur yang hanya mensasarkan kehadiran 20,000 orang.

Rata-rata yang hadir dilihat membawa pelbagai sepanduk dan mula berhimpun sejak 10 pagi tadi di Sangkar Kristal, Taman Pelangi sebelum berarak sejauh satu kilometer ke Istana Pasir Pelangi, yang merupakan kediaman rasmi Sultan Johor pada jam 2 petang.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang turut serta berkenan hadir terharu dan sebak dengan kehadiran rakyat dari seluruh negeri itu termasuk masyarakat Orang Asli ke Istana Pasir Pelangi di sini bagi menyatakan ikrar taat setia.

Ketika bertitah, baginda turut menyatakan rasa sayang terhadap rakyat Johor.

"Saya sayang rakyat saya. Tidak ada rakyat yang tidak ada raja. Saya ada permintaan untuk melihat rakyat bersatu, tidak kira kaum, mesti bersatu. Bersatu kita kuat, bercerai kita runtuh. Beta tidak akan lupa hari bersejarah ini sampai bila-bila," titah baginda.

Baginda turut berkenan menerima lafaz ikrar taat setia daripada wakil Gabung, Ahmad Tarmizi Yusof diiringi barisan beberapa wakil NGO Johor yang menghadiri perhimpunan itu.

Perhimpunan ini dianjurkan susulan kenyataan Bekas Menteri Besar Perak Dato' Seri Nizar Jamaluddin sebelum ini yang mempertikaikan jumlah harga nombor plat kereta yang dibeli Sultan Johor yang disifatkan beberapa pihak sebagai biadap dan tidak menghormati Institusi Raja di Negara ini. - KL POS

09 June 2012

[Gambar] Sultan Johor bersama Satria Neo Plat WWW1



ALLAH BERKATI JOHOR
ALLAH SELAMATKAN SULTAN 

~ DAULAT TUANKU ~

07 June 2012

Isu Plat WWW1 [Part 4]: Polis Ambil Keterangan Nizar

Isu WWW1: Nizar jawab 28 soalan polis
6 Jun 2012


Datuk Seri Ir Muhammad Nizar Jamaluddin

IPOH - Timbalan Pesuruhjaya Pas, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menjawab semua 28 soalan yang dikemukakan polis petang tadi berhubung kenyataan yang dibuat sebelum ini berkenaan pembidaan nombor pendaftaran WWW1 milik Sultan Johor.

Ketua Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara, Deputi Superintendan Sanawi Muhamad yang hadir bersama Deputi Superintendan Sukiman Arshad tiba di Pejabat Pas Perak kira-kira jam 2.00 petang sebelum memulakan soal siasatan pada jam 2.30 petang. 

Siasatan yang mengambil masa 40 minit itu berjalan dengan lancar. 

Bercakap kepada pemberita kemudian, Nizar yang juga bekas Menteri Besar Perak memaklumkan bahawa beliau ditemani tujuh peguam, namun hanya dua daripada mereka dibenarkan masuk.

Menurutnya, beliau hanya dimaklumkan polis, berhubung proses mengambil keterangan berkenaan, sebelum himpunan hijau dianjurkan di Alor Setar pada 31 Mei lalu.

"Sepanjang sesi tersebut, saya memberi kerjasama penuh dengan menjawab kesemua 28 soalan yang dikemukakan," katanya pada sidang media selepas selesai memberi keterangan.

Apabila ditanya bentuk soalan yang diajukan kepada beliau, Ahli Parlimen Bukit Gantang itu tidak menjawab, sebaliknya memberitahu, dalam kes siasatan bidaan berkenaan, beliau menghormati tugas yang dijalankan polis.

"Semua pihak harus menghormati keputusan dan bidang kuasa polis dan memberi (kerjasama kepada) mereka menjalankan siasatan.

"Biarlah polis menjalankan tugas mereka. Bila laporan sudah dibuat, kita kena hormat supaya ia tidak menghina mana-mana pihak," katanya.

Mohamad Nizar kini disiasat di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948.

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dilapor berkata, polis Johor telah menerima 39 laporan polis mengenai kenyataan Mohammad Nizar.

Mohammad Nizar sebelum ini dilapor mengeluarkan kenyataan menerusi laman Twitter mempersoalkan bidaan nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 yang dimenangi Sultan Johor dengan kos RM520,000. - Sinar Harian


Artikel Berkaitan:

04 June 2012

Kejayaan Itu Milik Semua, Selamat Maju Jaya !

~ AsSalamualaikum wbt ~

Tamat sudah perkuliahan untuk semester ini. 
Maka tibalah kemuncak perjuangan sbg mahasiswa, menempuh minggu peperiksaan. 


Kuliah aku yg terakhir pd rabu lepas 30 Mei (kuliah Politik Asia Tenggara oleh Prof Madya Dato' Dr Muhammad Agus Yusoff), dan sekarang ni minggu ulangkaji (study week) sebelum tiba hari peperiksaan. Sem ni aku amik 3 subjek je, so 3 paper jela utk final exam ni. 

:: 14/6 3PM - Demokrasi & Masyarakat Sivil :: 
:: 18/6 3PM - Politik Asia Tenggara :: 
:: 20/6 8AM - Pemikiran Islam & Isu Kontemporari Global :: 
:: Semua kt DTAMS ::

Kepada semua rakan-rakan yg diingati !
Aku ucapkan Selamat Maju Jaya utk korang dan doakan kejayaan kita sama2 ok. 
~ Geng2 UKM (Sains Politik, FSSK, Kajaian, PERMAJ, PC & semua) ~
~ Geng2 kt semua IPT (GAJ, MJ & semua) ~ 


Semoga kita semua mampu melakukan yang terbaik, 
dan mencipta kejayaan demi diri sendiri, ibu bapa, keluarga dan masyarakat.

Ma'at Taufiq Wan Najah Fil Imtihan. Kepada Allah Berserah. 

! Korang Semua Hebat !

03 June 2012

Isu Plat WWW1 [Part 3]: Nizar Umpama Menabur Duri di tengah Laluan Salahudin Ayub Menawan Johor

Salahuddin: "Itu Pandangan Nizar, Jangan salahkan PAS"
3 Jun 2012

SHAH ALAM - Tindakan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mempertikaikan bidaan nombor plat WWW1 bernilai RM520,000 yang dimenangi Sultan Johor bukanlah pandangan PAS, sebaliknya adalah pandangan peribadinya. 


Salahuddin Ayub 

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, adalah tidak adil menyalahkan PAS kerana itu adalah tindakan spontan Mohammad Nizar selepas pengumuman dibuat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

"Biarlah undang-undang mengambil tempat berhubung perkara ini. Kita serahkan kepada saluran perundangan, setiap orang melakukan kesilapan. 

"Tidak ada sesiapa pun berhak menghukum beliau melainkan undang-undang," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan bekas Menteri Besar Perak itu yang mempertikaikan keputusan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang menawarkan bidaan tertinggi nombor WWW1.

Bagaimanapun Nizar telah memohon maaf, 30 Mei lalu juga melalui laman Twitternya.

Tindakan Nizar itu membuatkan Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim bertitah menerusi mesej Twitternya, mempertahankan pembidaan nombor pendaftaran WWW 1 oleh ayahanda baginda Sultan Johor sambil menegaskan, kerabat diraja Johor tidak mengambil sebarang wang daripada kerajaan.

Baginda juga bertitah bahawa pihak-pihak yang mempertikaikan perkara itu boleh bertanya kepada Menteri Besar Johor ataupun mana-mana pegawai-pegawai Kerajaan Negeri.

Salahuddin berkata, Pas tetap dengan dasar mereka yang menghormati institusi Raja-Raja Melayu sebagai komponen perlembagaan negara.

"Pas tidak lentur dengan prinsip dan dasar parti yang meraikan Raja selaras dengan Rukun Negara kedua iaitu Kesetiaan kepada Raja dan Negara.

"Pas berpegang teguh kepada perkara ini dan terus memartabatkan Raja-Raja Melayu," katanya.

Baru-baru ini, JPJ melalui laman webnya telah menyenaraikan nama-nama pembida kepada nombor plat WWW dan “DYMM Sultan Ibrahim Johor” telah dinyatakan sebagai pembida yang berjaya membuat bidaan tertinggi mengatasi 9,998 pembida yang lain.

Jumlah RM520,000 yang dibayar baginda adalah yang tertinggi yang pernah dibuat ke atas nombor tunggal. 

Salahudin Ayub bersama PAS Johor ketika Himpunan Tanah Rakyat pada 5 Mei 2012 di perkarangan Plaza Angsana Johor Bahru. 


# Akhbar ini juga turut melaporkan bahawa Nizar akan disiasat di bawah Akta Hasutan 

SHAH ALAM – Polis Johor berkata bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin akan disiasat di bawah Akta Hasutan kerana mengeluarkan kenyataan berkenaan bidaan nombor pendaftaran WWW 1 oleh Sultan Johor.

Polis Johor menubuhkan satu pasukan petugas untuk menyiasat selepas lima laporan dibuat di negeri itu berhubung perkara berkenaan sejak semalam.

Laporan The Star menyebut, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff mengesahkan bahawa pasukan petugas telah memulakan siasatan.

“Kami akan menyiasat perkara ini secara telus dan profesional. Marilah kita menjalankan tugas tanpa sebarang tekanan yang tidak wajar untuk memastikan keadilan dilakukan untuk kedua-dua pihak,” katanya.

Kelmarin, Nizar mengkritik mengenai bidaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar untuk mendapatkan WWW 1, menerusi akaun Twitter beliau.

Sultan Johor membida nombor itu pada harga RM520,000.

Ketua Penerangan Umno Johor, Datuk Samsul Bari Jamali menambah, Nizar sepatutnya perlu meneliti fakta sebelum membuat sebarang komen.

Beliau berkata, kerabat diraja Johor sentiasa bermurah hati untuk menderma kepada Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim bagi membantu pembangunan negara dan memperbaiki hidup rakyat.

Dalam mesej Twitter lewat kelmarin, Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim bertitah mempertahankan pembidaan nombor pendaftaran WWW 1 oleh ayanda baginda Sultan Johor sambil menegaskan, kerabat diraja Johor tidak mengambil sebarang wang daripada kerajaan.

“Kerabat diraja Johor tidak ambil wang kerajaan. Sejak era Almarhum Sultan Ibrahim,” titah baginda menerusi mesej Twitter lewat semalam.

Baginda juga bertitah bahawa pihak-pihak yang mempertikaikan perkara itu boleh bertanya kepada Menteri Besar Johor ataupun mana-mana pegawai-pegawai kerajaan negeri.

Dalam mesej itu, baginda juga bertitah bahawa wang yang diperuntukkan kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail dan baginda sendiri dimasukkan ke dalam Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim.

“Tujuan yayasan-yayasan ini ialah untuk membantu rakyat dan untuk membantu Kerajaan Negeri Johor,” kata Tunku Ismail sambil menambah, baginda sendiri, sejak menjadi Raja Muda, tidak mengambil “satu sen pun daripada kerajaan, sehingga ke hari ini.”

Laman web jabatan Pengangkutan Jalan (www.jpj.gov.my) semalam mengatakan Sultan Ibrahim sebagai pemenang dan mengalahkan 9998 orang yang membida no plat WWW1 dengan tawaran kemenangan sejumlah RM520,000. 




Artikel Berkaitan:

02 June 2012

Kenapa bacaan dalam solat direndahkan dan dikeraskan?

Firman Allah Taala: “Dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam solatmu dan janganlah pula merendahkannya” (al-Isra’:110).

Selepas turun ayat ini, maka Rasulullah s.a.w. merendahkan bacaan baginda di dalam solat Zohor dan Asar, kerana baginda khuatir akan ejekan dan cemohan kaum musyrikin. 

Di dalam solat Maghrib pula, baginda mengeraskan bacaan kerana ketika itu kaum musyrikin sedang sibuk makan. Manakala di dalam solat Isyak dan Subuh, baginda mengeraskan bacaan kerana ketika itu mereka sedang nyenyak tidur. 

Peristiwa di atas adalah ketika permulaan dakwah Islam, untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini dari kaum musyrikin. 

Manakala di dalam solat Jumaat dan solat Hari Raya pula, bacaan dikeraskan kerana dua solat ini disyariatkan setelah berada di Madinah. Ketika itu kekuatan kaum musyrikin sudah kian lemah. Islam sudah mempunyai kekuatannya. 

Walaupun keadaan sekarang berbeza dengan keadaan semasa permulaan Islam dahulu, namun hukum ini tetap berjalan sehingga bila-bila. Itu termasuk sunnah perbuatan Rasulullah s.a.w. (sunnah fi’liyyah).


Juga sebagai memperingati sejarah awal penyebaran Islam dan sebagai tanda kesyukuran atas nikmat Allah yang melepaskan kaum muslimin pertama di Makkah dari penderitaan dan kemudian memberi kemenangan dan kekuatan kepada mereka.


Sekian, wallahu’alam. 

01 June 2012

Isu Plat WWW1 [Part 2]: PAS Johor 'Bengang' Dengan Nizar?

Apabila mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin membuat komen mengenai Sultan Johor ke atas kejayaan baginda membida nombor pendaftaran kenderaan WWW1, tidak mustahil, ada sebahagian besar pemimpin DAP mendapati tindakan pemimpin PAS itu sebagai sesuatu yang cukup comical.


Walaupun pengetahuan itu bukanlah di luar kebiasaan bagi DAP berdasarkan pengalaman berkerajaan di Perak, tetapi aksi lucu terbaru Nizar memberi kesan negatif kepada mimpi Pakatan Rakyat untuk ke Putrajaya, khusus mengembangkan pengaruh di Johor pula. Ibarat berlumba 100 meter, PAS Johor kini tersadung ketika di peringkat warm-up lagi. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog-blog ceria