Social Icons

.

07 June 2012

Isu Plat WWW1 [Part 4]: Polis Ambil Keterangan Nizar

Isu WWW1: Nizar jawab 28 soalan polis
6 Jun 2012


Datuk Seri Ir Muhammad Nizar Jamaluddin

IPOH - Timbalan Pesuruhjaya Pas, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menjawab semua 28 soalan yang dikemukakan polis petang tadi berhubung kenyataan yang dibuat sebelum ini berkenaan pembidaan nombor pendaftaran WWW1 milik Sultan Johor.

Ketua Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara, Deputi Superintendan Sanawi Muhamad yang hadir bersama Deputi Superintendan Sukiman Arshad tiba di Pejabat Pas Perak kira-kira jam 2.00 petang sebelum memulakan soal siasatan pada jam 2.30 petang. 

Siasatan yang mengambil masa 40 minit itu berjalan dengan lancar. 

Bercakap kepada pemberita kemudian, Nizar yang juga bekas Menteri Besar Perak memaklumkan bahawa beliau ditemani tujuh peguam, namun hanya dua daripada mereka dibenarkan masuk.

Menurutnya, beliau hanya dimaklumkan polis, berhubung proses mengambil keterangan berkenaan, sebelum himpunan hijau dianjurkan di Alor Setar pada 31 Mei lalu.

"Sepanjang sesi tersebut, saya memberi kerjasama penuh dengan menjawab kesemua 28 soalan yang dikemukakan," katanya pada sidang media selepas selesai memberi keterangan.

Apabila ditanya bentuk soalan yang diajukan kepada beliau, Ahli Parlimen Bukit Gantang itu tidak menjawab, sebaliknya memberitahu, dalam kes siasatan bidaan berkenaan, beliau menghormati tugas yang dijalankan polis.

"Semua pihak harus menghormati keputusan dan bidang kuasa polis dan memberi (kerjasama kepada) mereka menjalankan siasatan.

"Biarlah polis menjalankan tugas mereka. Bila laporan sudah dibuat, kita kena hormat supaya ia tidak menghina mana-mana pihak," katanya.

Mohamad Nizar kini disiasat di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948.

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dilapor berkata, polis Johor telah menerima 39 laporan polis mengenai kenyataan Mohammad Nizar.

Mohammad Nizar sebelum ini dilapor mengeluarkan kenyataan menerusi laman Twitter mempersoalkan bidaan nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 yang dimenangi Sultan Johor dengan kos RM520,000. - Sinar Harian


Artikel Berkaitan:

3 komen:

Terima kasih di atas komen yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog-blog ceria

PENAFIAN

Laman web ini dan bahan yang disediakan "sebagaimana adanya" dan "sebagaimana tersedia", tanpa jaminan jenis apapun, sama ada tersirat atau tersurat mahupun dari segi undang-undang. Penulis tidak bertanggungjawab ke atas setiap kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan setiap maklumat atau bahan yang diperolehi dari laman web ini.