Social Icons

.

05 July 2012

"Saya Budak Praktikal"

~ Assalamualaikum ~

Sekarang ini aku sedang menjalani Latihan Industri (praktikal) di pejabat UKM Pakarunding Sdn Bhd. Tempoh praktikal ni bermula pada 2 Julai 2012 sehingga 30 Ogos 2012.


Hari pertama aku lapor diri masuk ofis ni, penyelia aku sedang bercuti. Hari ke-3 baru la aku berjumpa/berkenal dengan beliau. Boleh tahan ensem, Zamzuri namanya. Hahaha. (nanti kalau rajin aku letak gambar dia ek) 

UKM Pakarunding ni banyak handle projek2 besar. Namun, aku yakin tak semua warga UKM (terutama students termasuk yg dah final year) tahu dan sedar apakah peranan atau fungsi sebenar UKM Pakarunding (singkatannya UKMPSB).

UKMP ni adalah sebuah syarikat milik penuh UKM yg telah diperbadankan pada Oktober 2001 dan mula beroperasi pada Januari 2002. Penubuhannya bertujuan untuk memasarkan dan menyebarkan kepakaran ahli akademik UKM, dan untuk menampung serta menguruskan perundingan kerja. 

Tugas ini dilaksanakan secara profesional sejajar dengan peranan UKM untuk menyediakan perkhidmatan kepada masyarakat dan menyumbang kepada pembangunan negara. Objektif UKMP juga untuk menghapus kekangan birokrasi dan mewujudkan hubungan dua hala serta kerjasama yang harmoni antara UKM dengan agensi swasta.

Tiga bidang kepakaran utama UKMP dalam menyediakan perkhidmatan perundingan iaitu: 
1. Sains dan Persekitaran (EIA) 
2. Sosial dan Pembangunan 
3. Teknologi Komunikasi dan Maklumat

Aku pula ditempatkan kt bahagian Sektor Sosial dan Pembangunan. Ofcoz la sebab aku dari bidang pengajian sosial kan. Haha. Ada 7 orang yg buat praktikal kt sini (semua student UKM). Aku berdua kt sektor sosial, 5 lagi kt sektor EIA.

Nak tahu apa kerja aku? 
Minggu pertama ni aku belum jelas apa skop kerja aku di sektor ni. Yg aku tahu, tunggu arahan dan kerja2 ringan yg diberi oleh staf2 di sektor ni. Anda dan Alin. Membantu mereka memeriksa/menyiapkan draf2 laporan yg banyak gila bapak. Check apa yg terkurang, terlebih, tertinggal. Fotostat dan binding laporan.

Dalam pada tu juga, peranan aku diperlukan untuk membantu Head of Corporate Services, Puan Zuhairiah (panggilannya Kak Jua). Kira mcm asisstant dia la. Sebab asisstant dia yg sebelum ni dah resign atas faktor keluarga. Jadinya aku ni 2 in 1 la. Haha. Bagus juga. Mcm2 aku akan dapat.


5 komen:

  1. SELAMAT BERPRAKTIKAL...
    HAHAH

    ReplyDelete
  2. hehe. bahrain tgh cuti ea skg?

    ReplyDelete
  3. Zamzuri tu nama pensyarah kat FPI ler..hensem jugak..btw, ni Zamzuri bin...??? entah-entah orang yang sama..ngeh3~

    ReplyDelete
  4. haha sesuka hati je. dah org tu staff kt situ bila plak jd pensyarah.. org lain tu.. heee

    ReplyDelete

Terima kasih di atas komen yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog-blog ceria

PENAFIAN

Laman web ini dan bahan yang disediakan "sebagaimana adanya" dan "sebagaimana tersedia", tanpa jaminan jenis apapun, sama ada tersirat atau tersurat mahupun dari segi undang-undang. Penulis tidak bertanggungjawab ke atas setiap kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan setiap maklumat atau bahan yang diperolehi dari laman web ini.