Social Icons

.

10 August 2012

Sambutan Kemerdekaan 2012: "Malaysia vs Singapura"

Malaysia dan Singapura. 
Serupa tetapi berbeza. 
Serumpun dan serantau. 
Sarat sejarah lampau. 


Malaysia dibentuk pada September 1963 dengan menyatukan 4 buah negeri dalam 1 gagasan; 
Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) yg mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Singapura, Sabah dan Sarawak. 

Sejak sekolah aku fikirkan, "Adakah benar teori ini?"
[Malaya + Singapura = Malaysia = Malay + Si + a]

2 tahun kemudian, Singapura diisytiharkan berpisah dengan Malaysia. 

Secara rasmi, tanggal 9 Ogos 1965 ialah Hari Kemerdekaan Singapura. 
Dan Malaysia sejak 1957, menyambut Hari Kemerdekaannya pada setiap 31 Ogos. 

Itu serba ringkas sejarah tentang kemederkaan kedua-dua negara. 
Dan itu yg dikatakan Serupa atau Sama Tetapi Berbeza. 
Sama dalam banyak perkara. Beza dalam pelbagai perkara. 


Rakyat Malaysia masih mengaku dengan bangsa atau kaum mereka: "Ya saya Melayu" 
Tapi tidak pada rakyat Singapura, mereka akan kata: "I am not Malay, I am Singaporean" 

Itulah rakyat Singapura yg dibentuk melalui sistem sosial yg tegas. 
Mereka 'dipaksa' oleh pemerintah dalam setiap aktiviti kehidupan mereka. 
Pendidikan, hubungan masyarakat, pekerjaan, kebajikan, akses media, hak kebebasan dan lain-lain. Segalanya dikawal oleh pemerintah semata-mata bagi membentuk satu kelompok masyarakat yg sama rata sebagai rakyat Singapura. 


Sistem politik Malaysia dan Singapura adalah sama iaitu Demokrasi. 
Tetapi demokrasi di Malaysia ialah Tidak Langsung, manakala demokrasi Singapura bersifat Autoritarian. 

Dari segi ekonomi pula, Malaysia masih lagi sebagai sebuah Negara yg Sedang Membangun (NSM) dengan mengamalkan Sistem Ekonomi Campuran dan mensasarkan untuk mencapai status Negara Berpendapatan Tinggi berlandaskan Wawasan 2020.

Manakala Singapura, telah mencapai status sebuah Negara Maju (NM) dalam rantau Asia Tenggara dengan Sistem Ekonomi Terbuka dan Pasaran Bebas. 

Itulah persamaan dan perbezaan antara kedua negara. 

Dan bila tiba masa untuk meraikan perayaan kebangsaan, kedua-duanya menyambut dalam bulan yg sama iaitu OGOS. 

Tetapi, apakah yg membezakan Malaysia dan Singapura? 

# Bagaimana Menyatupadukan Rakyat Dengan Semangat Patriotisme.


Di Malaysia....

[Logo Sambutan Merdeka Ke-55]
Logo Sambutan Kemerdekaan oleh Kerajaan Persekutuan

Logo Sambutan Kemerdekaan oleh Kerajaan Pakatan
[Lagu Sambutan Merdeka 2012]

[IKRAR RAKYAT MALAYSIA]
Maka kami rakyat Malaysia, 
Berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami, 
Untuk mencapai cita-cita tersebut,
Berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan


Di Singapura.....

[Logo Sambutan Merdeka Ke-47]
Logo Sambutan Kemederkaan Singapura Ke-47

[Video Sambutan Hari Merdeka Singapura 2012]

[IKRAR RAKYAT SINGAPURA]
We, The People of Singapore,
Pledge Ourselves As One United People
Regardless Of Race, Language Or Religion,
To Be A Democratic Society Based On Justice And Equality
So As To Achieve Happiness, Prosperity, 
And Progress For Our Nation

Bila aku tengok satu video di Facebook NDP 2012 (klik sini), terfikir agak-agak ada ke budak-budak Malaysia yg bersemangat macam tu.

To all Singaporeans, Happy 47th National Day 2012.
Kepada seluruh rakyat Malaysia, Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan Ke-55. 
Kibarkan Bendera Kita. 

2 komen:

Terima kasih di atas komen yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog-blog ceria

PENAFIAN

Laman web ini dan bahan yang disediakan "sebagaimana adanya" dan "sebagaimana tersedia", tanpa jaminan jenis apapun, sama ada tersirat atau tersurat mahupun dari segi undang-undang. Penulis tidak bertanggungjawab ke atas setiap kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan setiap maklumat atau bahan yang diperolehi dari laman web ini.