Social Icons

.

14 August 2012

Artikel Merdeka: "Sejarah Penciptaan Bendera Malaysia"

Sejarah penerimaan Bendera Persekutuan Tanah Melayu ialah melalui perjanjian dengan Majlis Raja-Raja di mana sebuah Jawatankuasa telah ditubuhkan dalam tahun 1949 untuk menimbang dan membuat perakuan berhubung dengan reka bentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu. 

Satu pertandingan Peringkat Kebangsaan telah diadakan bagi memilih Bendera Persekutuan Tanah Melayu yang baru. Pertandingan ini diadakan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dalam tahun 1949. Seramai 373 karyawan telah mengambil bahagian di mana tiga reka bentuk bendera dipilih ke peringkat akhir. 

Reka bentuk pertama ialah lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima. Reka bentuk kedua hampir serupa dengan rekabentuk pertama kecuali 11 bintang pecah lima itu disusun dalam dua bulatan mengelilingi Keris Bersilang tersebut. Reka bentuk ketiga ialah 11 jalur biru-putih dengan Bulan Bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri. 

Majlis Perundangan Persekutuan menjemput orang ramai memberikan pendapat kepada ketiga-tiga reka bentuk tersebut. Pendapat umum itu telah dikelolakan oleh akhbar The Malay Mail. Keputusan akhir yang disiarkan pad 28 November 1949 menunjukkan majoriti orang ramai memilih reka bentuk ketiga. Reka bentuk tersebut adalah ciptaan seorang Arkitek Kerajaan di Johor iaitu Encik Mohamad bin Hamzah. 
Fakta: Bendera Malaysia dicipta berdasarkan Bendera Johor
Reka bentuk bendera tersebut dengan beberapa pindaan telah mendapat perkenan Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23 Februari 1950. Pada 19 April 1950 Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara. 

Reka bentuk bendera tersebut telah mendapat kelulusan King George VI pada 19 Mei 1950. Pertama kali Bendera Persekutuan Tanah Melayu dikibarkan ialah dalam majlis menaikkan bendera tersebut yang dianjurkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British pada 26 Mei 1950 di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh D.Y.M.M. Raja-Raja Melayu dan Pegawai-Pegawai King George VI. 

Bendera Malaysia adalah berasal dari Bendera Persekutuan Tanah Melayu. Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan Tuan-Tuan Yang Terutama Gabenor-Gabenor dalam satu Persidangan Majlis Raja-Raja menjelang pembentukan Malaysia telah memperkenankan iaitu reka bentuk Bendera Malaysia hendaklah mengikut reka bentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu dengan pengubahsuaian pada bilangan jalur-jalur dan bintang pecah 14 bagi menunjukkan 14 buah negeri baru bagi Persekutuan Malaysia. 
Keluaran Khas Kemerdekaan, 30 Ogos 2008

Percantuman Sabah, Sarawak dan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu telah melahirkan sebuah negara baru iaitu Malaysia. Bendera Malaysia telah dikibarkan dengan rasminya di seluruh negara untuk melambangkan lahirnya Melaysia pada 16 September, 1963. 

Sungguhpun Singapura berpisah daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965, namun jalur-jalur dan bintang pecah 14 terus dikekalkan hingga sekarang. Kini jalur-jalur dan bintang pecah 14 itu membawa maksud keanggotaan yang sama dalam Persekutuan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan.


PADUKA PULAI: Hanya pengkhianat negara yang akan berkata; Bendera Malaysia tiru Amerika...

20 komen:

  1. Bagus nih.. Kak shima pun xtau.. Dulu2 zmn sek rendah selalu konpius memula bendera merah dulu ke putih dulu hihi.. ;)

    Burasak? Haih! Kat JB xde ke? Klu nak kena turun Pontian. Kat pasar lambak mmg byk. Kena turun awal sebab sgt laku :)) Biasa kak shima buat sendiri.. Pembetulan, pakcik yg buat hahaha.. Mkn pulak dgn asam peda ikan parang kan.. pergh! Burasak ni mknan org bugis.. kak shima bukan bugis. Jowo je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. confuse warna ok lg kak drpd mereka yg kata bendera macam tiru amerika..
      sy uma JB, kg kt Pontian. ayah sri bunian. mak kayu ara pasong.. memang raya ktorg pusing2 situ je..
      ayah dgn mak memang jawa.. tp tahu jgk la pasal bugis ni..
      sebab tu setiap raya mesti buat burasak. mak belajar dgn arwah nenek..pehh! klau dh jmpa burasak, ketupat xpandang daa :)

      Delete
  2. Replies
    1. semua subjek sama je mgntuk jgk bila belajar..
      sejarah ni kena kaji sendiri..lau org lain yg ajarkan memang xmasuk..hehe

      Delete
  3. wah..maklumat yang amat penting sempena Merdeka ni..=)

    ReplyDelete
  4. reka bentuk ketiga tue bukan sepatutnya gambar KERIS SILANG ker bro..
    mai mana bulan & bintang pulak?
    minta diberikan sumber rujukkan anda.
    (rujukkan saya ialah pada dokumen "FLAG PROPOSALS DOCUMENT BT 11/4189)
    - kalau rujukkan saya salah,minta maaf..

    ReplyDelete
  5. maaf tuan tanah,terkomen banyak kali..yg saya maksudkan adalah rekabentuk ke-4.
    xperasan tadi sebab bro xmasukkan reka bentuk yg ke-4.
    reka bentuk ke-4 sama sahaja tetapi bulan bintang tue digantikan keris silang :)

    "The newspaper Malay Mail published the designs and organised a poll. 42 percent favoured the
    third proposal, 27 percent wanted the fourth, with kris instead of the crescent and star, and 25
    percent wanted a Union Jack included. On 6 March 1950 the Federal Legislative Council decided
    that none of the designs were acceptable, and asked for a revised design that would be considered
    on 19 April. At this meeting the Council approved a revised version of (3)in which, the blue
    stripes were replaced by red stripes, the red canton was replaced by a blue canton, and the five
    point star was replaced by an eleven point star."

    ReplyDelete
  6. Orang Johor mana? Saya lahir kat Kelantan tapi membesar kat Muar. Bagus entry ni sebab sangat informatif. First time tahu Jalur Gemilang ni based on bendera Johor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Johor Bahru.
      tujuannya nak bidas dakwaan pihak tak bertanggungjawab yg mengatakan bendera malaysia ciplak dari bendera Amerika.
      ada juga beberapa simbol/logo negeri kelantan based on simbol/logo negeri Johor. cuba bandingkan jata kedua-dua negeri.

      Delete
  7. Saya tak pasti apa hujah yang menunjukkan pereka asal bendera iaitu seorang Arkitek Kerajaan di Johor iaitu Encik Mohamad bin Hamzah menjadikan bendera Johor sebagai aspirasi dalam mereka bentuk bendera Malaysia.

    Begitu juga halnya apa hujah yg mengatakan bendera Malaysia tiru bendera Amerika..

    Maaf saya tidak nampak..jika sekadar mengatakan lambang sekian-sekian & warna sekian-sekian mempunyai persamaan, itu mungkin juga kebetulan yang tidak disengajakan..

    sekadar persoalan.

    ReplyDelete
  8. bagus lah web ni..aku dah lah minat sejarah lagi2 pasal johor dan malaysia !! proud to be johorean :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. kerana minat mendalami sejarah saya wujudkan web ni..

      Delete
  9. Maaf kan saya bila saya salah, Johor mau buat negara sendiri ?, Mengapa ada bendera johor ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Bendera Johor kerana pereka jalur gemilang adalah arkitek dari johor dan dia merekabentuk jalur gemilang berdasarkan idea drp bendera johor

      2. tak timbul soal johor buat negara sendiri kerana kerajaan johor dah lama wujud seawal selepas kejatuhan kerajaan kesultanan melayu melaka.

      Delete

Terima kasih di atas komen yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog-blog ceria

PENAFIAN

Laman web ini dan bahan yang disediakan "sebagaimana adanya" dan "sebagaimana tersedia", tanpa jaminan jenis apapun, sama ada tersirat atau tersurat mahupun dari segi undang-undang. Penulis tidak bertanggungjawab ke atas setiap kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan setiap maklumat atau bahan yang diperolehi dari laman web ini.