Social Icons

.

27 September 2012

Pilihan Raya Kampus UKM 2012

Tahniah kepada 2 orang anak buah aku daripada PERMAJ yang bertanding sebagai Calon Pilihan Raya Kampus (PRK) kerana telah memenangi Kerusi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Kebangsaan Malaysia bagi sesi 2012/2013. Kemenangan korang berdua adalah kebanggaan kami semua. 


PRK 2012 yang bermula pada 20 September lalu iaitu Hari Penamaan Calon dan berakhir pada 25 September iaitu Hari Pengundian telah menyaksikan seramai 51 orang calon bertanding untuk merebut 28 kerusi MPP. 

Keputusan telah berpihak kepada kumpulan Pro-Mahasiswa iaitu Gabungan Mahasiswa (GMUKM) menewaskan kumpulan Pro-Aspirasi Mahasiswa (Aspirasi UKM) dengan catatan kemenangan 19 kerusi berbalas 9. 
Peratusan Mengundi
Maka sekali lagi, pakatan GMUKM telah diberi mandat untuk menerajui Barisan Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) iaitu Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM). 

:: Menjulang Aspirasi Mahasiswa, Memartabat Legasi Johor. Anak Johor Memimpin ::


Sponsor besar
Yg ramai semua ni budak kelantan je. Maklum la. Dorang paling ramai kt semua IPTA. Aku bukan benci, cuma xsuka sebab dorg selalu buat kecoh xkira tempat.
Muslimah soleha semua. Berkenan nk cari calon isteri?
Geng motor GMUKM yg ditugaskan utk membuat kecoh dan provokasi.
Ni la yg dikatakan solat menunjuk. Punya besar masjid UKM, kt situ juga nk solat. Sama mcm 1 parti politik tu.

Aku mengambil kesempatan di sini mengucapkan salam takziah teristimewa utk mamat xsedar diri ni yg sekali lagi telah gagal memenangi PRK. Takziah bro! Balik muhasabah la diri tu!

Takziah untuk calon no.3! Lepas ni jgn suka2 hati nk pertikaikan kredibiliti org. Tahun lepas bertanding kerusi umum, kalah. Tahun ni kerusi fakulti plak, pun kalah. Apa maksudnya tu? 

2 komen:

Terima kasih di atas komen yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog-blog ceria

PENAFIAN

Laman web ini dan bahan yang disediakan "sebagaimana adanya" dan "sebagaimana tersedia", tanpa jaminan jenis apapun, sama ada tersirat atau tersurat mahupun dari segi undang-undang. Penulis tidak bertanggungjawab ke atas setiap kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan setiap maklumat atau bahan yang diperolehi dari laman web ini.