Social Icons

.

28 February 2012

Usaha Lebih Kalau Nak Dapat Lebih


Salam Ukhwah buat rakan-rakan. Semoga tergolong di kalangan orang-orang yang sentiasa mensyukuri nikmat kurniaan Ilahi, Insya-Allah. 

Pertamanya, gambar di atas tiada kena-mengena dengan tajuk entry ini. Sekadar hiasan untuk blog yang tidak seberapa ini. Gambar yang diambil ketika program saya di Pontian pada Januari lepas. 

Berbicara soal usaha, kita sudah biasa dengan pepatah "Usaha Tangga Kejayaan". Benar ! Untuk berjaya kita mesti berusaha. 

Atas dasar itu, saya menyeru diri saya dan rakan-rakan, sentiasalah berusaha untuk mencapai sesuatu yang kita mahukan. Usaha Lebih Kalau Nak Dapat Lebih. 

Maka dengan itu, saya kini sedang berjinak-jinak dengan urusan niaga kecil-kecilan. Sebagai permulaan untuk saya melangkah lebih jauh lagi. Apa yang saya lakukan ialah menjual Mee Siput di sekitar kampus saya di UKM Bangi. Kira part-time job la saya buat ni. 

Mee Siput @ Sanggul siap goreng beserta Sambal Tumis. 

Mee Siput ialah sejenis makanan ringan atau keropok yang dimakan bersama (dicicah) dengan sambal tumis atau sambal kicap dan tergolong antara makanan popular orang Johor (terutama Muar & Batu Pahat). Dikenali juga dengan nama Mee Sanggul di beberapa negeri seperti Penang dan Perak. 

Saya hanya menjual Mee Siput ini yang dibekalkan oleh seorang kakitangan UKM yang berasal dari Muar, Johor. Beliau membeli Mee Siput mentah secara borong dari kilang di kampungnya, dan kerja-kerja penyediaan termasuk pembungkusan dilakukan di rumahnya. Satu bungkusan yang mengandungi 2 keping mee siput dan sambal tumis, dijual dengan harga yang berpatutan RM1.50. 

Kepingan Mee Siput yang rangup dengan sambal tumis yang menyelerakan. 

Apabila sudah siap dibungkus, saya ambil dari beliau dan kemudian, menghantar kepada mereka yang sudah menempah lebih awal dan juga tempahan yang baru dibuat. Itulah kerja saya. Membuat hebahan/promosi di Facebook untuk dapatkan tempahan. Ambil order dan menghantar ke lokasi di sekitar UKM Bangi. 

Harga sebungkus RM1.50, 50sen itu upah saya. Jika 1 hari saya dapat jual habis 30 bungkus, upah saya hari itu RM15. Jika 60 bungkus, upah saya RM30 dan begitulah seterusnya. Makin banyak dijual, makin banyak saya dapat. Ok tak ? Modal saya hanya minyak motor RM5 untuk 2 hari dan topup RM10 yang paling lama bertahan 4 hari. Agak-agak ada tak orang nak bagi kita 1 hari RM15, RM30 ?? 

Kepada kawan-kawan orang Johor yang mengidam Mee Siput atau sesiapa yang tak pernah makan tapi nak cuba rasa, saya hebahkan kepada anda bahawa, kini Mee Siput sudah berada di UKM Bangi. 
!! Dengan harga istimewa !!
[ 2pcs = RM3.00 ]
[ 5pcs = RM7.00 ]
[ 10pcs = RM14.00 ]
Nak order? PM inbox Facebook saya @ call/sms 017-7382852. 
Hanya warga UKM Bangi sahaja !! 

Lihat --> Album saya

14 February 2012

14 Februari: Sejarah Kejatuhan Kerajaan Islam


14 Februari: Tarikh kejatuhan Kerajaan Andalusia pada 14 februari 1492. 

Kerajaan Andalusia, Khilafah Islam terakhir telah menyerah kalah kerajaannya kepada Raja Kristian Ferdinand dan Ratu Kristian Isabella kerana memikirkan nasib rakyatnya yang berada dalam situasi tertekan. 

Satu perjanjian jaminan keselamatan telah dimeterai antara pemimpin islam dan pemerintah tentera salib. Orang islam akhirnya telah ditipu lalu disembelih hidup-hidup di pantai. Kapal-kapal mereka telah dibakar terlebih dahulu oleh tentera salib. 

Dalam erti kata lain tentera salib telah mengepung mereka yang terdiri daripada orang-orang tua, wanita dan kanak-kanak lalu semuanya disembelih agar berita itu menjadi pengajaran dan menakutkan orang lain yang mahu hampir dgn islam. 

Air laut yg mulanya kebiruan telah bertukar menjadi merah pekat air anggur... 

-----------------------------------------------------

Ramai yang tidak tahu tentang sejarah islam ni. Namun, ramai yang tahu 14 februari ni hari kekasih atau valentine day. Saya yakin dan pasti ramai juga yang tahu kisah di sebalik valentine ni, siapa itu valentine, dan kenapa wujud valentine day. Malangnya, masih ramai golongan bergelar muslim yang jahil menyambut 14 februari ini seperti golongan bukan islam. 

Perkataan 'Valentine' diambil sempena nama seorang paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan 'Ratu Isabella' dari sepanyol iaitu 'Saint Valentine'. Jasa beliau menumpaskan kerajaan Islam di Cordova pada tanggal 14 Feb, 270 M. 

Begitu bermakna pada 'Ratu Isabella', sehingga beliau (Valentine) dianggap sebagai kekasih kepada rakyatnya sendiri. Justeru itu, 14 Februari disambut setiap tahun oleh rakyat Cordova bagi merayakan kemenangan tersebut dan menamakan hari tersebut sebagai 'Hari Valentine'.


Kononnya untuk menunjukkan rasa sayang kepada seseorang. Rasa cinta bagi setiap pasangan yang sedang berkasih. Adakah Islam membenarkan pasangan kekasih berpimpin tangan, menari di kelab malam, berpelukan dan meneguk ‘air syaitan’ semata-mata untuk menunjukkan rasa sayang pada kekasihnya. 

Sambutan Valentine lebih kepada mengagungkan perayaan bukan Islam (ajaran kristian), selain menggalakkan maksiat. Secara terang-terangan ia diharamkan dalam Islam kerana menggalakkan perlakuan sumbang, terutama remaja yang gemar melakukan perkara dilarang termasuk maksiat. 


Kasih sayang penting dalam Islam dan menunjukkan kasih sayang tidak semestinya perlu ada hari khusus. Sejarah Valentine tidak langsung menunjukkan ia membantu umat Islam meningkatkan amalan dan imannya. Malah, sejarah sambutan itu lebih banyak membawa kepada kerosakan akhlak dan akidah. Oleh kerana itulah, Islam melarang dan jelas ia haram. Kebebasan adalah sesuatu yang sangat subjektif.

Jelas dan nyata hukum menyambutnya adalah HARAM dan dilarang oleh Islam. HARAM TETAP HARAM. Tiada kompromi. Tidak rasional rasa kasih sayang itu ditunjukkan pada satu hari dalam setahun. Selain 14 februari tak sayang ke ???



Muzakarah berpandangan bahawa ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya. 


-->> Khutbah Jumaat: Awas Jerat Valentine !!!

PM Mengadap Sultan Johor: Parlimen Bakal Dibubar??

Gambar kiri: Kenderaan rasmi Pak Lah keluar dari Istana Johor. 
Gambar kanan: DS Najib dalam pertemuan bersama Sultan Johor.

Setiap kali sebelum pembubaran parlimen untuk Pilihan Raya Umum (PRU), Perdana Menteri (sebelum ini Dr. Mahathir dan Pak Lah) akan berangkat mengadap Sultan Johor. 

Lantas membuatkan rakyat saling tertanya-tanya apakah sebab konkrit PM perlu mengadap Sultan Johor setiap kali parlimen ingin dibubarkan untuk mengadakan PRU. Kenapa tidak mengadap sultan-sultan yang lain termasuk YDPA. 

Mungkin jawapannya hanya diketahui oleh individu yang begitu mengkaji sejarah Negeri Johor dan Negara Malaysia serta PM sendiri dan kerabat diraja Johor. 

Semua maklum bahawa baru-baru ini DS Najib Razak telah mengadakan lawatan kerja ke Negeri Johor. PM telah menghadiri majlis ulang tahun ke-15 Danga Bay di Pusat Konvensyen Danga Bay yang dirasmikan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar. Turut hadir Menteri Besar dan pemimpin kanan negeri. 


Dalam majlis tersebut, PM telah mengumumkan peruntukan RM200 Juta Dana Pemudahan Untuk Danga Waterfront. 


Selepas itu, PM bersama isteri mengadap Tuanku Sultan di Istana Pasir Pelangi. Pertemuan yang berlangsung kira-kira satu jam itu berakhir dengan majlis santapan petang. 

DS Najib Razak juga turut menghadiri sambutan perarakan chingay di Dataran City Centre, Johor Bahru. 


Sememangnya lawatan DS Najib Razak ini adalah atas urusan rasmi melakukan lawatan kerja ke Johor. Tapi adakah semata-mata turun ke Johor demi menghadiri majlis ulang tahun Danga Bay dan sambutan perarakan chingay sempena tahun baru cina? Tidak ada sebab lain?

Mestilah ada. Sebilangan besar rakyat Johor mungkin mengerti apakah maksud di sebalik lawatan PM ini. Tambahan, PM juga turut diiringi oleh beberapa menteri kabinet yang juga dari Johor seperti DS Hishamudin. 

Jadi, bila sudah kelihatan PM mengadap Sultan Johor, apakah benar ia tanda bahawa parlimen bakal dibubar untuk beri laluan kepada PRU-13 ?? Teka-teki akan terjawab apabila pengumuman rasmi oleh beliau. Nantikan...


~ JOHOR NEGERIKU, KEPADA ALLAH BERSERAH ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog-blog ceria