Social Icons

.

27 April 2012

.: Tanda Kita Lebih Baik :.

~ AsSalamualaikum ~


Jika ada orang berbicara mengenai kita di belakang, 
itu tandanya bahawa kita sudah ada di DEPAN...

Saat orang bicara merendahkan diri kita, itu adalah tanda bahawa kita berada di tempat yang LEBIH TINGGI..

Dan.. Saat orang berbicara dengan nada iri mengenai kita, 
itu adalah tanda bahawa kita jauh LEBIH BAIK dari mereka.. 

Bukankah saat orang berbicara buruk mengenai kita, padahal kita tidak pernah mengusik kehidupan mereka, itulah tanda bahawa kehidupan kita jauh LEBIH INDAH dengan RAHMATNYA dibanding mereka yang cemburu itu.. 


p/s: Kata-kata penguat semangat itu sgt perlu :D 

22 April 2012

Pembangunan di Mersing (Mersing Laguna)

Penduduk Mersing Diseru Rebut Peluang Pembangunan Mersing Laguna

MERSING: Kerajaan Negeri berharap penduduk Mersing mengambil peluang daripada kesan pembangunan Mersing Laguna yang akan mentransformasikan bandar itu kepada bandar ekopelancongan dalam tempoh kira-kira tujuh tahun.

Menteri besar Johor, Dato' Abdul Ghani Othman, berkata setiap golongan masyarakat di Mersing mempunyai peranan untuk menjayakan transformasi daerah itu supaya manfaatnya dapat dinikmati bersama.

"Majlis pecah tanah pada hari ini adalah sebagai tanda permulaan satu projek pembangunan Mersing sebagai sebuah bandar pelancongan. Pembangunan secara perkongsian bijak di antara Kerajaan Negeri dan swasta di atas tanah tebus guna seluas 809 hektar ini akan membabitkan pelaburan tidak kurang daripada RM4.5 bilion."

Sultan Johor, Sultan Iskandar sedang menyempurnakan majlis pecah tanah projek pembangunan Mersing Laguna sambil diperhatikan oleh Abdul Ghani Othman (dua dari kanan), dan Ungku Safian Abdullah (kanan sekali).

Katanya, Kerajaan Negeri yakin projek itu akan membawa manfaat besar kepada hampir 100,000 penduduk Mersing sama ada secara langsung atau tidak langsung dari segi pewujudan peluang pekerjaan mahupun perkhidmatan daripada industri sokongan sektor pelancongan, di samping kesan limpahan kepada kegiatan ekonomi yang lain.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Resort Bersepadu di atas kawasan yang akan ditebus guna oleh sebahagian pesisiran pantai Mersing (Projek Mersing Laguna) di Dataran Pulau Mersing, di sini, baru-baru ini.

Turut berangkat ialah Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni almarhum Sultan Iskandar. Hadir sama ialah Presiden Power Constructions Corporation China, Ma Zong Lin dan Ketua Eksekutif Radiant Starfish Developement Berhad, Ungku Safian Abdullah.

Jelasnya lagi, untuk rekod, Mersing sudah terkenal dengan kekayaan alam sekitar terutamanya pesisir pantai dan gugusan kepulauannya yang terbanyak di Malaysia, terdiri daripada Pulau Sibu, Pulau Tinggi, Pulau Aur dan Pulau Pemanggil.

"Sejak dulu lagi, daerah Mersing dengan keluasan 2,800 kilometer persegi sudah termasyhur dengan pantai yang memanjang lagi memutih, sungai yang lebar lagi jernih, hutannya yang luas dan tertua, pulau-pulau yang banyak lagi indah, hasil buminya yang kaya lagi subur, sehingga menjadi tumpuan pengunjung dan pelabur," katanya.

Kawasan ekopelancongan Mersing Laguna akan dibangunkan dengan nilai pelaburan sebanyak RM22 bilion dan dijangka siap sepenuhnya pada 2019. Komponen pembangunan itu akan mewujudkan tiga buah pulau buatan yang merangkumi pembinaan 22 hotel, 4,000 vila dan pangsapuri, kemudahan marina seperti pangkalan khas tempat kapal layar, pelabuhan bot persiaran serta beberapa pusat komersial.

Projek berkenaan dibangunkan melalui kajian terperinci selama lima tahun dengan pelaksanaan kajian kesan alam sekitar dan sosioekonomi penduduk setempat. Apabila siap kelak ia dijangka dapat menawarkan 12,600 peluang pekerjaan di kawasan berkenaan.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni almarhum Sultan Iskandar menyempurnakan gimik perasmian pembangunan Mersing Laguna sambil diperhatikan oleh Menteri Besar Johor, Dato’ Abdul Ghani Othman (kanan); Presiden Power Constructions Corporation China, Ma Zong Lin (empat dari kiri); Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (dua dari kanan) dan Ketua Eksekutif Radiant Starfish Developement Berhad, Ungku Safian Abdullah.

Pada majlis berkenaan, Sultan Ibrahim meminta agar penduduk Mersing memberikan kerjasama sepenuhnya kepada usaha menaik taraf bandar itu dengan mengetepikan sifat cemburu, menabur fitnah atau cuba mengkhianati usaha murni yang hendak dilaksanakan.

“Pihak pemaju dan kerajaan telah menjalankan kajian mendalam dengan mengambil kira semua faktor serta kesan projek berkenaan kepada penduduk dan alam sekitar.


“Suka saya ingatkan di sini supaya jangan ada mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan bertindak membuat bantahan atau tuntutan yang bukan-bukan untuk kepentingan diri sendiri atau kepentingan politik.

"Sebagaimana semua maklum, saya memang sering datang ke Mersing yang menjadi tempat permainan saya sejak kecil lagi. Oleh itu, saya sendiri akan sentiasa mengawasi kemajuan projek ini dan memastikan ia dibuat dengan baik. Sekiranya penduduk Mersing mempunyai masalah yang berkaitan dengan projek ini, maklumkanlah kepada Pegawai Daerah yang akan menyampaikan masalah tersebut kepada saya," titah baginda pada majlis pecah tanah projek pembangunan Mersing Laguna di Dataran Pulau, di Mersing. 

Projek Pembangunan (RAPID) di Pengerang, Johor

Pengerang bakal bertaraf Rotterdam Asia

PENGERANG: Projek transformasi Pengerang sebagai hab minyak dan gas terbesar di rantau ini kini dalam fasa pertama pelaksanaannya dengan pembangunan terminal penyimpanan petroleum di atas kawasan seluas 202 hektar.

Kerajaan Johor mensasarkan tempoh 10 tahun untuk meletakkan Pengerang sebagai hab petrokimia dan minyak terbesar dunia sekali gus menandingi keupayaan negara jiran melaksanakan projek berkenaan. Bersandarkan kepada kepakaran dan penggunaan teknologi canggih, Pengerang mencapai sasaran itu berbanding Jurong, Singapura yang mengambil masa selama 20 tahun untuk mencapai tahap terbaiknya.

Menteri Besar, Dato' Hj Abdul Ghani Othman, berkata biarpun tidak mempunyai sumber minyak, Singapura adalah antara tiga pemain global terulung dalam industri, penapisan, perdagangan dan pembuatan produk serta kelengkapan minyak atau gas.

"Pengerang mempunyai pelbagai faktor semula jadi termasuk memiliki tanah yang luas, lokasi begitu strategik, berhampiran laluan perkapalan antarabangsa utama serta kemudahan pelabuhan laut dalam. Faktor inilah memudahkan jalinan kerjasama diadakan dengan rakan kongsi global dari aspek logistik dan pengedaran produk. Ia juga akan merangsang pertumbuhan usahawan tempatan dan serantau serta mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan," katanya.

Model projek terminal penyimpanan petroleum yang dibangunkan oleh syarikat Dialog sdn. bhd. di Pengerang yang dijangka siap pada 2014.

20 April 2012

Bengkel Persediaan Latihan Industri

Assalamualaikum wbt. Hai semua~

Semalam hari khamis 19 April 2012, ada bengkel latihan industri untuk semua budak sains politik UKM tahun akhir dan bengkel ini dibuat di bilik mesyuarat pusat pengajian kami di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM. Bengkel ini sebagai persediaan sebelum kami semua menjalani latihan industri (praktikal) pada bulan julai dan ogos nanti. Pagi tu aku bangun pukul 6.30pagi. Tersedar pun sebab kesejukan hujan. Hehe. Lepas tu solat subuh. Dah pukul 7 tapi hujan lagi. Aku risau je hujan camne aku nak pergi fakulti. Dah la naik motor.  Kena sampai sana sebelum pukul 8. Lencun jugak ni kalau redah je.


So, pukul 8.10pagi aku bergerak naik motor bila hujan nampak dah renyai sikit. Pakai smart2 pastu kena hujan. Hahaha padan! Lepas tu aku park motor aku kt tempat yang jarang2 orang lain park (bawah tangga kt hujung bangunan fakulti). Sebab bila parking kt situ senang sikit. Dekat, motor pun x kena hujan. 

Sampai2 je aku ingat program dah nak mula. Rupanya kawan2 aku yang dah sampai awal baru nak sarapan. Ada kuih dgn teh o. Aku daftar kehadiran, lepas tu aku sarap dulu sementara nak tunggu yang lain2 sampai. Dah pukul 8.30, semua dah sampai. Yang belum sampai, penceramah yang diundang. Tunggu2 dah pukul 9. Ketua aku beritahu, penceramah lambat sebab suaminya kena rushing pergi satu tempat dan minta salah sorg kami untuk jemput beliau di tol UPM. Takpe la nak buat camne. Dah hujan kan, so biasa la jadi masalah camni. Plan mula pukul 8.30, tapi pukul 9 penceramah belum sampai. Tepat 9.20, tetamu yang dinanti tiba juga dan program dimulakan.

Majlis Makan Malam Anak Johor IPTA 2012 #7 April 2012


Pada 7 April 2012, saya bersama rakan-rakan PERMAJ bertolak ke Johor Bahru untuk menyertai program mahasiswa Johor IPTA kali ini iaitu Majlis Makan Malam Menteri Besar bersama Anak Johor IPTA yang diadakan di New York Hotel, Johor Bahru. 

Majlis ini adalah anjuran bersama Gabungan Anak Johor (GAJ) IPTA, Sekretariat Anak Johor (SOHOR) UMT, Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) dan Kerajaan Negeri Johor. Kira-kira 1000 orang mahasiswa Johor dari 12 buah IPTA; UMT, UKM, UPM, USM, UPSI, UUM, UTM, UM, UTHM, USIM, UMP dan UiTM telah hadir pada program ini dan turut mendengar taklimat ringkas oleh wakil Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) mengenai Iskandar Malaysia dan peluang pekerjaan yang ditawarkan.

Barisan Presiden Anak Johor IPTA

16 April 2012

Malam Johor Di Hatiku #31 Mac 2012

Assalamualaikum wbt.

Saya telah berkesempatan untuk hadir ke majlis jemputan atas kapasiti sebagai wakil anak Johor IPTA iaitu Majlis Makan Malam Johor Di Hatiku, anjuran Persatuan Anak Melayu Johor (PAMJ) Wilayah Persekutuan & Selangor, pada 31 Mac 2012 (Sabtu) bertempat di Dewan Merdeka, PWTC.


Berkenan berangkat, DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar serta DYMM Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris. Turut hadir, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Penaung PAMJ, Menteri Besar YAB Dato' Abd Ghani Bin Othman serta barisan exco dan pemimpin-pemimpin Negeri Johor. 


Majlis Sepetang TPM bersama Gabungan Anak Pagoh (GAPa) #22 Mac 2012

Majlis Sepetang TPM bersama Gabungan Anak Pagoh (GAPa), pada 22 Mac 2012 (Khamis), bertempat di kediaman rasmi YAB TPM, Kompleks Sri Satria. 

Dihadiri oleh mahasiswa/i Anak Pagoh khususnya dan Anak Johor dari IPT Lembah Klang (UKM, UPM, UiTM Shah Alam dan USIM).

Walaupun kurang sihat, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin tetap bersungguh meluangkan masa dan menyampaikan amanat. YAB TPM turut menyampaikan cenderamata kepada pelajar cemerlang SPM 2011.






Jumpa skandal lama masa sekolah rendah dulu, hana. Skg study kt UPM. Ngee~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog-blog ceria

PENAFIAN

Laman web ini dan bahan yang disediakan "sebagaimana adanya" dan "sebagaimana tersedia", tanpa jaminan jenis apapun, sama ada tersirat atau tersurat mahupun dari segi undang-undang. Penulis tidak bertanggungjawab ke atas setiap kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan setiap maklumat atau bahan yang diperolehi dari laman web ini.