Social Icons

.

12 January 2013

Al-Fatihah BuatMu Sahabat - Pemergian Yang Mengejutkan

YA ALLAH. Innalillahi wa innailaihi roji'un.. Semalam, Jumaat 11 Januari, jam 7.00pagi telah menerima panggilan telefon yang sungguh mengejutkan.

Seorang sahabat baik dari sekolah menengah yang sedang menuntut di UIAM dimaklumkan telah kembali ke rahmatullah pada jam lebih kurang 4.00pagi. Dikatakan arwah ditemui terjatuh di biliknya di kampus UIAM Gombak. Ya Allah, sangat tersentak jiwa ni. Mendengar berita kematian sahabat di pagi Jumaat.

11 Januari 2013 - Seharian mengiring jenazahmu, sahabat.

7.00am: Terima berita
8.30am: Pergi HKL. Menunggu postmortem jenazah
12.30pm: Selesai postmortem. Dibenarkan utk melihat jenazah. (Sebak)
1.00pm: Solat Jumaat di surau HKL
3.30pm: Bertolak mengiraingi van ke Kluang (Taman Sri Lambak T6)
7.00pm: Tiba di rumah. Tatapan terakhir oleh sedara-mara, rakan, jiran. Dibawa ke masjid. Disembahyangkan selepas Maghrib dan dikebumikan. (Sebak)
9.45pm: Bertolak ke UKM

Versi cerita-cerita dari rakan-rakan kampusnya, terjatuh di bilik. Namun hasil bedah siasat, Doktor maklumkan tidak dapat kenalpasti punca kematian arwah. Organ dalamannya berfungsi baik dan juga tiada kesan hentakan di kepala. Bermakna seluruh fizikal tubuh arwah adalah sihat. Kesimpulannya, arwah menghadapi kematian secara mengejut (sudden death). Seluruh ahli keluarga dan rakan-rakan percaya bahawa tidak dapat nak disabitkan dengan apa-apa sebab kematian kecuali satu iaitu, sudah masanya "pergi" mengadap ALLAH SWT.

Betapa sebak dan meremang satu badan semua rakan yang mengenali arwah bila dapat berita ni. Manakan tidak, arwah seorang yang aktif, tidak mempunyai sebarang penyakit kronik, sihat wal'afiat. Arwah juga adalah seorang anggota askar wataniah di UIAM.

Bila diteliti semula setiap post di wall facebooknya, didapati tanda-tanda dia akan "pergi" sebenarnya tersirat di sebalik post-post tersebut. Seperti arwah sudah tahu masanya hampir tiba. Dia hanya mengingatkan rakan-rakan dengan berkongsikan status-status dan share beberapa gambar yang menyentuh soal kematian dan agama. Hanya kita tak perasan. Tiada siapa yg sangka.


Sebakku tatkala melihat jasadmu yg terbujur dgn wajah yg tenang. Mudahnya pemergianmu. Syahid menuntut ilmu. 

Kepada semua rakan yang mengenali, ingatlah segala nasihatnya. Kenanglah kebaikannya. Maafkanlah segala salah silapnya. Redha pemergiannya. Doakanlah semoga Allah tempatkannya di kalangan hamba yg beramal soleh..Takziah kepada ahli keluarga. 

Mohon sedekahkan al-fatihah buat Allahyarham Mohamad Afham bin Jumat. 
(SMA Bdr Tenggara Johor 2003-2007, Maahad Johor 2008, UIAM 2009-2013).

"Haq Muslim ke atas Muslim itu enam: Memberi salam, memenuhi undangan, menasihatinya, mendoakan yg bersin, menziarahi yg sakit dan menghantar jenazahnya." (Riwayat Muslim)


Allahyarham Mohamad Afham bin Jumat 
1 April 1990 - 11 Januari 2013

Maahad Johor 2008
Reunion 2009
Konvoi Raya 2011
Konvoi Raya 2012 & Majlis Perkahwinan Sahabat
Konvoi Raya 2012
Konvoi Raya 2012

6 komen:

  1. Assalamum.

    Arwah duduk kt college mana?

    Dlu lbh krg thn 2000-2001 ada jg student yg meninggal sesak nafak kt Mahallat As Siddik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam

      tak silap, salahuddin

      Delete
  2. Semoga dia ditempatkan dikalangan orang2x yang beriman..AMIN~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin..Sebak tatkala menatap jenazahnya ketika di hospital

      Delete
  3. tidak silap ni abg kawan sekolah yg dduk 1 tmn.tmn sri lambak (t6) kluang

    ReplyDelete

Terima kasih di atas komen yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog-blog ceria

PENAFIAN

Laman web ini dan bahan yang disediakan "sebagaimana adanya" dan "sebagaimana tersedia", tanpa jaminan jenis apapun, sama ada tersirat atau tersurat mahupun dari segi undang-undang. Penulis tidak bertanggungjawab ke atas setiap kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan setiap maklumat atau bahan yang diperolehi dari laman web ini.