Social Icons

.

09 January 2013

LUASKAN LUASAMU JOHOR !!


Kepada penyokong bolasepak Johor Darul Takzim FC dan Johor FA semua. 

Kuatkan sokongan padu anda kepada kedua-dua pasukan Johor ini. 

Tunku Mahkota Johor telah menaikkan dan meletakkan nama bolasepak negeri Johor pada tahap yang tidak terfikir oleh kita semua. 

Baginda telah mengurniakan kita sebuah pasukan demi untuk melihat rakyatnya bersatu dan menyokong menaikkan maruah Johor dalam kancah bolasepak tempatan. 

Baginda juga pernah meluahkan kekecewaannya setelah melihat dengan mata sendiri suasana dan kehadiran penonton yang kurang ke stadium ketika Johor beraksi di liga musim yang lalu. 

Harapan Tunku Mahkota Johor untuk melihat rakyatnya kembali memeriahkan suasana bolasepak tempatan buat sekelian lamanya terasing, kini telah tercapai sekalipun tewas kepada pihak lawan. Penyokong Johor tidak perlu malu seandainya kita tewas dalam perlawanan. 

Rakyat serta penyokong Johor juga seharusnya berbangga kerana sesungguhnya kita telah berjaya mengubah fenomena bolasepak di malaysia. 

Dan realitinya telah terbukti...




"HARIMAU SELATAN TELAH MELUASKAN EMPAYARNYA"
!! LUASKAN LUASAMU JOHOR !!


Credit: 
EMPAYAR BOLASEPAK HARIMAU SELATAN 
JOHOR FAN CLUB 
Kelab Penyokong Siber Harimau Selatan 
Kesultanan Johor 

Simboliknya KitaTetapMenang:
Menang membentuk pasukan & pengurusan yg diimpikan.
Menang mendidik penyokong yg bermaruah atas semangat kesukanan.

Info Terkini Liga Super 2013

0 komen:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog-blog ceria

PENAFIAN

Laman web ini dan bahan yang disediakan "sebagaimana adanya" dan "sebagaimana tersedia", tanpa jaminan jenis apapun, sama ada tersirat atau tersurat mahupun dari segi undang-undang. Penulis tidak bertanggungjawab ke atas setiap kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan setiap maklumat atau bahan yang diperolehi dari laman web ini.