Social Icons

.

17 January 2013

PROGRAM BAKTI SISWA JOHOR 2013

PROGRAM BAKTI SISWA JOHOR 2013

Gabungan Anak Johor (GAJ) IPT bertekad terus bergerak aktif dengan merancang dan melaksanakan pelbagai program serta usaha-usaha ke arah pembangunan mahasiswa Johor yang intelek dan berwibawa serta membantu Kerajaan Negeri Johor dalam agenda mempertingkatkan taraf hidup masyarakat dan kemajuan Negeri Johor. 

Bertunjangkan kepada tujuan utama untuk menabur jasa dan menyumbang khidmat bakti kepada masyarakat dan Negeri Johor, seluruh organisasi mahasiswa Johor di bawah GAJ sentiasa merencana penganjuran program yang bermatlamat agar mahasiswa Johor pulang berbakti di negeri sendiri. Lebih-lebih lagi, bagi mereka yang menuntut di institusi pengajian tinggi yang berada di luar Johor. Walau jauh merantau di negeri orang, namun semangat tetap berkobar untuk berbakti. 

FASA 1: JAN - FEB

IKMAR USM
Tarikh: 19 - 22 Jan 2012
Tempat: Kg Tanjung Pahang, Kuala Rompin-Endau

PERMAJ UKM
Tarikh: 19 - 23 Jan 2013
Tempat: Felda Sungai Mas, Kota Tinggi

AMANAH UUM
Tarikh: 20 - 24 Jan 2013
Tempat: Taman Sri Lambak, Kluang

SEJATI UTM
Tarikh: 31 Jan - 3 Feb 2013
Tempat: Kg Kenangan Tun Dr Ismail, Muar

MAJOR UPSI
Tarikh: 6 - 9 Feb 2013
Tempat: Kg Sungai Sayong Pinang, Kota Tinggi

SOHOR UMT
Tarikh: 22 - 24 Feb 2013
Tempat: Felda Nitar, Mersing


Program yang berkonsepkan khidmat kemasyarakatan dan keluarga angkat ini merupakan program utama dalam taqwim perancangan tahunan oleh setiap organisasi mahasiswa Johor di IPT. 

Sesungguhnya, usaha ini haruslah dipuji, diberi perhatian dan disokong oleh semua pihak. Kesediaan daripada pelbagai agensi di semua peringkat bagi menghulurkan bantuan sama ada dari segi sumbangan barangan keperluan mahupun sumber kewangan amatlah dialu-alukan. Para mahasiswa pula diseru agar meneruskan usaha murni ini malah mempergiatkan penganjuran dan penyertaan pada setiap sesi semester sepanjang pengajian. 

GAJ mengucapkan syabas dan semoga berjaya dengan penganjuran program ini. Tunjukkan identiti sebenar kita sebagai mahasiswa Johor yang miliki daya intelektual yang tinggi, sebagai barisan pelapis kepemimpinan di masa hadapan. 

Johor Perak Kedah Terengganu,
Sultan Berdaulat Payung Negeri, 
Merantau Jauh Menuntut Ilmu, 
Kami Pulang Menabur Bakti.

:: GEMILANG ANAK JOHOR : KEPADA JOHOR KAMI BERBAKTI ::

Mohd Najib Samingin 
Ketua Penyelaras, 

4 komen:

  1. Apa GAJ bantu persatuan2 mahasiswa diatas dalam rangka program ? Macam GAJ tumpang nama ja ? Tak bantu apa2 terutama dri segi networking and marketting terutamanya, tetiba nak claim program opkim ni GAJ yg rangka. Ni kes lembu punya susu, sapi dapat nama la ni.tak malu ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak malu ke nak komen / nak berbicara tapi tak tahu hujung pangkalnya.
      Pertama, sebelum nak berbicara eloklah perkenalkan diri tu dulu. Bukan sembunyi disebalik anonymous. Walaupun saya boleh agak siapa anda.
      Kedua, kaji dan fahami apa itu GAJ. Loser rasanya kalau xfaham tapi lagak hebat nak m'hentam.
      Ketiga, segala program/aktiviti persatuan telah "diselaraskan bersama" di peringkat majlis kepimpinan. Hal ini dan segala hal berkaitan telah dibincangkan dan dipersetujui pada mesyuarat majlis presiden disember lalu. Maka xtimbul isu "nak claim program opkim ni GAJ yg rangka". Sila rujuk presiden anda (tu pun kalau presiden yg hadir meeting).
      Keempat, kita ada saluran utk bangkitkan permasalahan. Maklumkan kpd presiden masing2 kemudian perkara itu dibawa utk perbincangan bersama.
      Kelima, perbincangan pd mesyuarat lalu telah merangkumi dan meneliti setiap perkara. Maka, jika ada suatu perkara yg dibangkitkan selepas itu, dianggap sbg masalah dalaman, kecuali perkara yg tidak pernah dibincangkan. Sekian..

      Salam Mahasiswa Johor. Salam Ta'zim. Kepada Johor Berbakti..

      Delete
  2. Assalam. Boleh saya dapatkan sedikit maklumat tentang program di Kg Kenangan Tun Dr Ismail, Muar?

    -Pelajar UTeM-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Maklumat apa ye yg awak perlukan? Sebab semua ni program tahun lepas. So mungkin fail program sudah tiada.

      Delete

Terima kasih di atas komen yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog-blog ceria

Blog Rujukan