Social Icons

.

13 February 2013

JELAJAH ANAK MALAYSIA - Parlimen Bakri


Program JELAJAH ANAK MALAYSIA adalah satu usaha sama yang dibentuk oleh gabungan pertubuhan anak muda yang terdiri daripada golongan Belia, Mahasiswa & NGO untuk mendekati dan mendampingi pelbagai lapisan masyarakat di seluruh negara sama ada di bandar, kampung mahupun kawasan pedalaman. 

Program ini diselaraskan bersama pelbagai agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri dan majlis pelancarannya telah disempurnakan pada 30 Januari 2013 di Putrajaya. Jelajah telah bermula pada 1 Februari lalu dan telah tamat pada 16 Februari minggu lepas bagi Fasa 1 iaitu Peringkat Semenanjung Malaysia. Kemudian akan bersambung untuk Fasa 2 iaitu Peringkat Negeri Sarawak pada 25 Februari hingga 3 Mac depan dan disusuli pula Fasa 3 iaitu Peringkat Negeri Sabah pada 5 hingga 12 Mac. 

Program JELAJAH ANAK MALAYSIA adalah satu acara di mana kumpulan konvoi anak muda akan menjelajah ke seluruh negara yang merangkumi beberapa lokasi di setiap negeri. 
Bagi peringkat Negeri Johor, kumpulan konvoi ini bertemu dengan masyarakat Johor pada 9 dan 10 Februari di 3 buah lokasi iaitu di Sembrong (Kluang), Palong Timur (Segamat) dan Bakri (Muar). Gabungan Anak Johor (GAJ) IPT telah dipilih sebagai antara pertubuhan mahasiswa yang terlibat secara langsung dalam program ini sebagai penyelaras lokasi program di Bakri. Bersama dua lagi NGO iaitu Gabungan Anak-anak Sembrong Perantauan (GAAS-P) sebagai penyelaras lokasi di Sembrong dan Majlis Belia Felda Malaysia Caw Segamat bagi lokasi program di Segamat. 
Susunan Program di lokasi Bakri

9 Feb (Sabtu) 

Petang: Program Suara Rakyat – Tapak Pesta 1 Kg Tun Dr Ismail 
• Kaji selidik di seluruh kawasan melibatkan sampel yang telah dikenalpasti oleh kumpulan penyelidik yang terdiri daripada peserta jelajah. 
• Kaji selidik mensasarkan kepada Warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas. 

Malam: Program Muzikal Rakyat – Tapak Pesta 5 Kg Tun Dr Ismail
• Mendampingi masyarakat setempat dan belia melalui elemen muzik. Pihak kami memutuskan untuk mengadakan acara Battle of the Band. 
• 10 kumpulan daripada Komuniti Belia Pemuzik Muar telah mengambil bahagian pada malam itu. 
• Dalam masa acara berlangsung, peserta jelajah bergerak ke kawasan sekitar untuk mengutip derma bagi Tabung GAZA dan juga melakukan kajian selidik terhadap penduduk setempat. 

Band boys bergambar kenangan setelah tamat acara Battle of The Band. 

10 Feb (Ahad) 

Pagi: KAM1 Prihatin – Taman Desa 
• Peserta jelajah melaksanakan khidmat masyarakat iaitu gotong-royong membersihkan kawasan sekitar. 
• Para penduduk pula diminta mengeluarkan barangan terpakai seperti surat khabar, buku, majalah, botol, tin, pakaian lama dan sebagainya kemudian meletakkannya di luar rumah untuk diangkut oleh kumpulan sukarelawan bersama pihak SWM. 
• Kumpulan kecil bergerak menyampaikan sumbangan kepada beberapa penghuni yang memerlukan bantuan seperti Ibu Tunggal, Warga Emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU).


T/hari: Pelepasan kumpulan konvoi 
• Seterusnya kumpulan konvoi ini bergerak meneruskan jelajah ke Negeri Melaka, Negeri Sembilan, Negeri Selangor, Kuala Lumpur dan berakhir di Putrajaya.
Bersedia untuk pelepasan kumpulan konvoi. 

Urusetia penyelaras lokasi program. 

Layari: 

1 komen:

Terima kasih di atas komen yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog-blog ceria

PENAFIAN

Laman web ini dan bahan yang disediakan "sebagaimana adanya" dan "sebagaimana tersedia", tanpa jaminan jenis apapun, sama ada tersirat atau tersurat mahupun dari segi undang-undang. Penulis tidak bertanggungjawab ke atas setiap kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan setiap maklumat atau bahan yang diperolehi dari laman web ini.