Social Icons

.

09 November 2016

Ahli Parlimen Islam WAJIB Undi Sokong Rang Undang-Undang Pindaan Akta 355 (RUU A355)


Hari ini diberikan peluang oleh Allah swt untuk menghadiri Seminar Penerangan Rang Undang-Undang Pindaan Akta 355 (RUU A355) di Dewan MPC, Bandar Baru Uda, Johor Bahru. 



Seminar anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) ini mendatangkan barisan pembentang kertas kerja dan panel forum yang hebat dan pakar dalam perundangan syariah di Malaysia, iaitu : 

  1. YBhg. Dr Yusri Bin Mohamad 
       - Yang Di-Pertua YADIM 

  2. Yang Amat Arif Dato' Haji Amir Bin Danuri 
      - Ketua Hakim Syarie Negeri Johor 

  3. YB Dato' Haji Nooh Bin Gadot 
      - Penasihat MAIJ / Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM 

  4. Tuan Haji Aminuddin Bin Yahya 
      - Timbalan Presiden ISMA 

  5. Tuan Haji Musa Bin Awang 
      - Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia 

  6. Encik Yunos Bin Haji Ismail (Moderator) 
      - Presiden Persatuan Peguam Syarie Johor 

Akta 355 atau namanya Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 adalah satu Undang-undang atau Akta yang diluluskan oleh Parlimen bagi menentukan had bidang kuasa berkaitan hukuman jenayah Syariah yang boleh dibuat oleh Badan Perundangan Negeri, dijatuhkan, dan seterusnya dilaksanakan oleh Mahkamah Syariah di seluruh negara. 

RUU pindaan A355 ini telah dibentang pada 26 Mei 2016 di Dewan Rakyat secara persendirian (private bill) oleh YB Dato' Seri TG Abdul Hadi Awang, Ahli Parlimen Marang merangkap Presiden PAS. Ia dicadangkan oleh YB Dato' Seri Azalina Othman Said sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (portfolio perundangan) dan disokong oleh YB Datuk Rosnah Abdul Rashid, Timbalan Menteri Kerja Raya.

Kenapa ia diusulkan oleh wakil pembangkang dan bukan wakil kerajaan ?
- Pindaan ini telah dicadangkan oleh JAKIM sejak hampir 10 tahun lalu, oleh kerana kekangan birokrasi faktor kelewatan, maka lebih mudah dibentang melalui usul persendirian di Parlimen.

Apakah yang nak dipinda ?
- Seksyen 2 dalam Akta tersebut; yang memperuntukkan bidang kuasa kepada Mahkamah Syariah hanya boleh menjatuhkan hukuman maksima (1) Penjara tidak lebih 3 TAHUN atau, (2) Denda tidak lebih RM5,000 atau, (3) Sebatan tidak lebih 6 kali atau, gabungan hukuman tersebut.

Kenapa nak dipinda ?
- Untuk memperkasa dan memperluaskan lagi bidang kuasa Mahkamah Syariah. 
Itu sahaja dan pindaan ini bukanlah untuk melaksanakan hukum hudud seperti didakwa segelintir pihak.

RUU ini langsung tidak melibatkan warganegara bukan Islam.

RUU ini mesti diluluskan Parlimen untuk membolehkan seterusnya Dewan-dewan Undangan Negeri meminda Enakmen-enakmen syariah yg berkaitan.

Konklusinya, RUU ini perlukan undian sokongan Ahli Parlimen muslim sebagai majoriti mudah untuk diluluskan di Dewan Rakyat dan non-muslim pula perlu faham akan perkara ini.

Rujukan - IKSIM


0 komen:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog-blog ceria

PENAFIAN

Laman web ini dan bahan yang disediakan "sebagaimana adanya" dan "sebagaimana tersedia", tanpa jaminan jenis apapun, sama ada tersirat atau tersurat mahupun dari segi undang-undang. Penulis tidak bertanggungjawab ke atas setiap kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan setiap maklumat atau bahan yang diperolehi dari laman web ini.