Social Icons

.

23 April 2017

Bantuan Perumahan Asnaf 2017 oleh MAINJ


Perumahan asnaf merupakan satu inisiatif berterusan Kerajaan Negeri Johor melalui Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) menangani masalah tempat tinggal bagi golongan asnaf di negeri Johor.

Sama sama kita membantu dan memastikan kebajikan asnaf disekeliling kita terbela.

Untuk tahun ini, 3 jenis bantuan rumah buat asnaf diteruskan antaranya ;

1. BANTUAN PEMBINAAN RUMAH BARU


• RM42,000 – 3 bilik (20 X 30 k.p)
• RM38,000 – 2 bilik (20 X 28 k.p)

• RM30,000 – 1 bilik



2. BANTUAN BAIK PULIH RUMAH

• Membantu meringankan beban mereka yang ditimpa musibah terhadap rumah/kediaman. Bantuan maksimum sehingga RM20,000



3. BANTUAN RUMAH TRANSIT (BANTUAN MENDUDUKI SEMENTARA)
• Memberi peluang kepada fakir dan miskin mendiami rumah transit ini secara sementara dan percuma sehingga mereka mampu berdikari dan terkeluar dari kemiskinan


SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

A. Memenuhi syarat UMUM :

1. Islam
2. Warganegara Malaysia
3. Penduduk tetap dengan syarat pasangan adalah warganegara Malaysia
4. Bermastautin di negeri Johor untuk tempoh 3 tahun berturut-turut dan ke atas
5. Pendapatan keluarga tidak mencukupi Had Al-Kifayah

B. Syarat tambahan bagi BANTUAN PEMBINAAN RUMAH BARU :

1. Keadaan rumah pemohon telah terlalu uzur dan tidak boleh diperbaiki/ kos baik pulih melebihi kos pembinaan baru.
2. Pemohon mestilah mempunyai tanah bergeran atau tanah kepunyaan waris setelah mendapat kebenaran bertulis daripadanya
3. Laporan bertulis daripada Pembantu Teknik dan Juruteknik MAINJ mengenai keadaan tanah/struktur dan status tanah

C. Syarat tambahan bagi BANTUAN BAIK PULIH RUMAH :

1. Kerosakan rumah pemohon disebabkan oleh bencana alam dan keuzuran rumah
2. Pemohon mestilah mempunyai tanah bergeran atau tanah kepunyaan waris setelah mendapat kebenarannya.

3. Pemohon memiliki lessen menduduki sementara (TOL) Pejabat Tanah

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi:

Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ)
Aras 5, Blok ‘B’,
Pusat Islam Iskandar Johor,
Jalan Masjid Abu Bakar,
Karung Berkunci 725, 80990,
Johor Bahru, Johor. 


No Tel: 07-2282929, 07-2282937, 07-2282941, 07-2282926
No Faks: 07-2238752 / 07-2275173
Emel: zakat@maij.gov.my
Atau layari laman web rasmi MAINJ di http://www.maij.gov.my/

0 komen:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog-blog ceria

PENAFIAN

Laman web ini dan bahan yang disediakan "sebagaimana adanya" dan "sebagaimana tersedia", tanpa jaminan jenis apapun, sama ada tersirat atau tersurat mahupun dari segi undang-undang. Penulis tidak bertanggungjawab ke atas setiap kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan setiap maklumat atau bahan yang diperolehi dari laman web ini.