Social Icons

.

28 March 2018

Majlis Negeri, Universiti dan Industri realisasikan Dekad Baharu Johor

Gabungkan kepakaran negeri, universiti dan industri mekanisme terbaik



JOHOR BAHRU 27 Mac - Kerajaan negeri merancang untuk menubuhkan Majlis Negeri, Universiti dan Industri untuk Teknologi Lanjutan bagi merealisasikan aspirasi Dekad Baharu Johor.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, saranan itu merupakan meka­nisme bagi memastikan wujudnya siner­gi tulen dan berfungsi antara kerajaan dengan universiti.

Beliau berkata, majlis tersebut juga akan dijadikan platform supaya wakil kerajaan, universiti dan industri dapat bertemu dalam satu forum bagi membincangkan pelbagai agenda pembangunan negeri dan bagaimana teknologi termaju boleh digunakan dalam pelaksanaannya.

“Sekretariatnya haruslah daripada Unit Transformasi Kerajaan. Mereka harus memandu transformasi penting ini dengan mandat dan matlamat yang jelas.

“Tetapi yang lebih penting ialah meneroka teknologi termaju bagi dipertimbangkan untuk diguna pakai dalam pembangunan negeri,” katanya dalam Majlis Konvensyen Johor Berkemajuan 2018 di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Md. Jais Sarday; Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani dan Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Dr. Ir. Wahid Omar.

Mohamed Khaled berkata, De­kad Baharu Johor harus dipacu dengan inovasi dan teknologi termaju dan kerjasama daripada golongan cendikiawan universiti amat penting bukan sahaja kepada kerajaan negeri, malah juga bagi pihak universiti.

“Penggubalan dasar yang di­buat tanpa mengambil kira input dan saranan daripada ahli bijak pandai universiti pasti tidak akan lengkap dan menyeluruh.

“Begitu juga dengan kajian, penemuan dan penerbitan oleh pihak universiti, jika hanya dilakukan sesama ahli akademi tanpa mengambil kira pandangan dan pemikiran pemimpin dan pada pembuat dasar, dapatannya tetap tidak akan ke mana,” katanya.

Sehubungan itu, Menteri Besar berharap Majlis Negeri, Universiti dan Industri untuk Teknologi Lanjutan tersebut dapat diwujudkan sebaik sahaja kerajaan sedia ada terus diberi mandat meme­rintah negeri ini bagi tempoh lima tahun akan datang selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). - UTUSAN

0 komen:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog-blog ceria

PENAFIAN

Laman web ini dan bahan yang disediakan "sebagaimana adanya" dan "sebagaimana tersedia", tanpa jaminan jenis apapun, sama ada tersirat atau tersurat mahupun dari segi undang-undang. Penulis tidak bertanggungjawab ke atas setiap kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan setiap maklumat atau bahan yang diperolehi dari laman web ini.